Oleh Abdul Rahman Malik
ULASAN: Sudah tiga kali keluhuran, keberkesanan dan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 diuji. Dua kali ia berjaya memenuhi matlamat penggubalannya dengan cemerlang. Sekali ia gagal apabila adab dan rukun perhimpunan yang dimaktubkan di dalamnya dicemari.
Ujian pertama berlaku ketika Pakatan Rakyat menganjurkan Perhimpunan 901 di perkarangan Mahkamah Jalan Duta untuk menyambut keputusan perbicaraan pertuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.
Meskipun akta itu belum diperakui parlimen ketika itu, asas dan semangatnya menjadi teras penganjuran perhimpunan penuh emosi itu.

Kali ketiga ialah perhimpunan raksasa anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka Sabtu 12 Januari lalu untuk “menaikkan semangat penyokong pembangkang dan menggerunkan Barisan Nasional”.
Dua perhimpunan itu berkesudahan dengan aman. Kecuali dalam Himpunan 901 ada berlaku letupan bom paku di penghujung perjumpaan, perhimpunan yang cuba dipopularkan oleh Pakatan Rakyat sebagai KL112 Sabtu lalu itu juga bersurai dengan aman dan tertib.
Uniknya Himpunan 901
Uniknya Himpunan 901 ialah pesertanya pulang dengan rasa puas hati kerana yang tertuduh, Anwar Ibrahim, dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya. Soal letupan bom tidak dianggap satu kecelakaan kepada sistem demokrasi dan ketelusan mahkamah.
Malangnya, apabila Anwar dibebaskan, tidak pula ada pendirian rasmi Pakatan Rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidaklah pincang seperti yang sering dijaja pemimpin pembangkang, jauh sekali pernyataan maaf pada institusi berkenaan.
Sebaliknya, rakyat dan dunia umumnya, agak kecewa apabila senario perhimpunan 1 juta manusia di Kuala Lumpur kelmarin tidak menjadi kenyataan.
Ini kerana memang naluri manusia untuk menjadi saksi sesuatu unik dan ganjil berlaku.
Rakyat mahu tahu betapa perhimpunan sebesar ini akan mengganggu lalulintas, perniagaan dan keselamatan awam. Rakyat juga mahu tahu betapa tangkas dan cekapnya pihak polis mengawal ketenteraman awam.
Namun banyak rahmat Himpunan Pembangkang tidak mencapai sasaran – Kuala Lumpur tetap aman dan tenang.
Akta Perhimpunan Aman 2011 lulus ujian
Akta Perhimpunan Aman 2011 boleh dikatakan lulus ujian. Dalam dua perhimpunan besar yang dianjurkan oleh parti pembangkang akta ini berjaya memandu pihak berkuasa dan penganjur perhimpunan untuk mengutamakan ketenteraman dan keselamatan awam.
SebenarnyaHimpunan Pembangkang adalah percubaan terbuka kedua Pakatan Rakyat dalam kempennya menawan Putrajaya. Sebelum itu Pakatan pembangkang menggabungkan diri dengan satu gerakan yang memanggil dirinya Bersih 3.0.
Pada asasnya Bersih 3.0 mahu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Ini kerana ia menyimpan wasangka bahawa pengendalinya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil.
Lantas ia memilih Dataran Merdeka sebagai simbol tuntutannya. Gerakan diatur sebegitu rupa sehingga dijulang matlamat menawan Dataran berkenaan sebagai ukuran kejayaan gerakan yang dikatakan sivil itu. Untuk itu, maka kekerasan dijadikan tindakan pilihan.
Sekaligus ini membuktikan apabila terasnya bersifat fizikal dan kekerasan, maka kekecohanlah jadinya. Berlakulah pelbagai insiden tuduh menuduh siapa yang mulakan kekecohan. Sehingga hari ini isu siapa tohmah siapa belum selesai.
Baca selebihnya di Antarapos

No comments:
Post a Comment