Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, January 14, 2013

Lawak mahu Malaysia merdeka sekali Lagi



ULASAN: Kini nyata bahawa matlamat Himpunan Pembangkang Sabtu lalu ialah untuk memadam sejarah. Pakatan Rakyat mengisytiharkan bahawa perhimpunan itu ialah permulaan perjuangan menganugerahkan Malaysia erti kemerdekaan sebenarnya.

Kemuncak Himpunan Pembangkang ditandai oleh teriakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin hampir 100,000 orang penyokong di Stadium Merdeka melaungkan sorakan Merdeka.

Impiannya untuk disenarai dalam dokumen sejarah sebagai orang yang memimpin alaf “kemerdekaan baru dan sebenar” Malaysia bermula kira-kira jam 4.45 petang Sabtu, 12 Januari 2013.


Untuk itu, beliau berjanji akan menjemput rakyat sekali lagi berhimpun di Stadium bersejarah itu untuk meraikan kejayaan Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional yang didakwanya telah menggerhanakan pengertian kemerdekaan sebenarnya.

Beliau berpidato bahawa di stadium itulah Malaysia dikalungkan semangat kemerdekaan daripada penjajah. Bagaimanapun sejak 56 tahun negara ini, dakwanya, dijajah oleh Umno dan Barisan Nasional.

Anwar “merosakkan kemerdekaan Malaysia”

Namun dalam usaha beliau cuba memesongkan sejarah, Anwar juga mahu memadamkan rekod bahawa dalam tempoh itu, beliau menghabiskan 17 tahun daripada usianya untuk turut “merosakkan kemerdekaan Malaysia” ketika memimpin Umno dahulu. Satu ketika beliau pernah menjadi perdana menteri Malaysia untuk tiga bulan!

Malah di sebalik peristiwa bersejarah Sabtu lalu, Anwar dan rakan politiknya yang baru seperti Lim Guan Eng dan Haji Abdul Hadi Awang cuba menyembunyikan satu hakikat bahawa setelah 58 bulan menggelarkan gerakan politik mereka Pakatan Rakyat, mereka sebenarnya belum sepakat.

Jika yakin bahawa mereka di jalan yang benar mengapakah mereka tidak yakin penyokong 1 juta orang yang dihebohkan akan dapat dikumpulkan menyertai upacara memadam sejarah itu?

Apakah lantaran rasa sentimental terhadap peristiwa perisytiharan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj maka mereka bertegas mahu peristiwa diulangi di Stadium Merdeka?

Kenapa Anwar dan rakan-rakan tolak tawaran polis?

Anwar dan kawan-kawannya tahu stadium itu boleh memuatkan tidak lebih 40,000 orang di tempat duduk sedia ada. Jika dicampur dengan penyokong yang berdiri di padang, paling ramai jumlahnya boleh mencapai 80,000 sahaja.

Sebenarnya hakikat ini memang sudah diduga oleh Anwar dan rakan-rakannya. Sebab itu tawaran polis supaya perhimpunan diadakan di tempat lebih besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil ditolak.

Sememangnya dalam kolam yang kecil, ikan kecilpun nampak besar tetapi di kolam besar, ikan besarpun kelihatan kecil. Demikian kecilnya jiwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa mahu memerdekakan Malaysia sekali lagi. 


Baca selebihnya di Antarapos



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...