Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, March 31, 2013

Azan tidak tahu dirinya diganti Fauzi




Oleh Shawaliah Hadir


Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau hanya mengetahui dirinya digantikan dengan Datuk Dr Fauzi Abdul Rahman untuk mempertahankan kerusi itu, semasa pengumuman yang dibuat ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Azan juga berkata setakat ini beliau belum dimaklumkan mengenai kedudukannya sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan beberapa minggu dari sekarang.

"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. InsyaAllah okey rasanya. Saya tahu (pasal pengumuman) malam tadi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Pada PRU 2008 Azan mengalahkan calon dari Umno Barisan Nasional (BN),  Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti sebanyak 1,027 undi.

Beliau memperolehi 19,823 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,796 undi.

Ditanya desas-desus yang mengatakan beliau akan dicalonkan di kerusi Parlimen Kemaman, Azan berkata beliau menerima segala percaturan yang dibuat Anwar.

"Ok lah tu kalau Ketua Umum pilih oklah tu, saya tak kisah.

"Rasanya Datuk Seri, begini kita beri kebebasan kepada Datuk Seri untuk pertimbangkan," beliau mengulas.

Anwar ketika menyampaikan ceramah di tapak ceramah markaz PAS, Balok Makmur, Beserah mengumumkan Fauzi akan diangkat menjadi calon kerusi parlimen itu.

Pengumuman itu menyaksikan sekumpulan penyokong yang hadir  meng'boo' Fauzi sejurus berlalu meninggalkan majlis itu.

Fauzi adalah Pengerusi PKR Pahang dan pernah menjadi ADUN Beserah dan Ahli Parlimen Kuantan mewakili Umno BN.

Pada 2008, beliau menyertai PKR.

Anwar dalam ucapannya yakin Fauzi mampu memikul tanggungjawab mempertahankan kerusi Indera Mahkota.

Dalam pada itu, Fauzi ketika ditemui wartawan Antarapos memberitahu beliau tidak yakin untuk mempertahankan kerusi itu jika tidak berkerja keras.


Dipetik daripada Portal Berita Antarapos





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...