Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, January 24, 2013

'Babyface' Abang Mat Sabu Gila Sudah!!




Oleh Nur Shakira Buang

SHAH ALAM: Ugutan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu mengajak rakyat berdemonstrasi besar-besaran jika berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencerminkan tindakan orang 'tidak siuman' serta budaya politik samseng pihak pembangkang, demikian menurut seorang ahli parlimen.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud berkata kenyataan pemimpin PAS itu jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat yang sebenarnya cenderung kepada keganasan.

Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dalam satu kenyataan mengajak rakyat untuk berhimpun jika berlaku penipuan dalam PRU13 akan datang sambil menegaskan rakyat tidak akan pulang berhimpun selagi kerajaan yang didakwa naik secara penipuan itu tidak akan turun.

"Saya dah kata yang nak buat huru-hara ini pembangkang kalau mereka kalah. Dulu mereka kata BN akan membuat huru-hara jika kalah...tak, kita dah tunjuk pun banyak kali kita ok. Ini satu bukti yang cukup jelas. Kalaulah dia kata ada penipuan kononya. Soal penipuan ini tidak wujud.

"Menang, kalah ini atas dasar suara rakyat," kata Abdul Rahman kepada Antarapos.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan berkata, dulu pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) akan mencetuskan huru-hara sekiranya kalah dalam PRU13, namun perkara kini idea tersebut datang dari pembangkang sendiri.

Malah, ujar Kamalanathan rakyat kini sudah jelek dengan permainan politik pembangkang yang hanya pandai menunjukkan kehebatan di jalanan.

"Oleh yang demikian beliau cuba menggunakan situasi seperti mengugut, menakut-nakutkan...itu memang budaya politik mereka. Malah kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa di Selangor...tidak pula kita kata perkara ini tidak betul dan sebagainya, tidak...kita terima," kata beliau.

Sehubungan itu, katanya tidak hairanlah pemimpin pembangkang itu tidak menghiraukan segala pencapaian yang diperoleh kerajaan BN hari ini.

"Tidak nampakkah pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat negara kita? Mereka nampak dan saya pasti Mat Sabu pun tahu perkara ini," katanya.

Tambah Kamalanathan lagi, pemimpin pembangkang seharusnya lebih bersikap rasional dalam setiap perkara yang ingin dikerjakan pihaknya apatah lagi dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Sebagai ahli politik yang berwibawa, sebagai seorang ahli politik yang matang, sebagai seorang ahli politik yang mempunyai pahaman yang rasional tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa," tegasnya.


Sumber





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...