Fakta 1
Pada tahun 2007, hampir di seluruh dunia memperkatakan tentang kehebatan filem sains fiksyen Transformers yang diadaptasikan daripada siri animasinya. Filem tersebut yang menelan belanja sebanyak USD147 juta adalah buah tangan daripada pengarah yang terkemuka, Michael Bay dengan Steven Spielberg merupakan penerbit eksekutifnya.
Tahun berikutnya, 2008, menyusul pula di Malaysia apa yang dinamakan agenda ‘transformasi’ kerajaan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Matlamat pelaksanaan dasar ini antara lainnya adalah untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah melalui beberapa perubahan/transformasi di dalam dasar-dasar kerajaan.
Antara elemen-elemen yang diperkenalkan Najib di dalam pentadbirannya adalah ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan ‘Janji Ditepati’.
Mengambil elemen janji ditepati, ianya dilihat bertepatan dan rapat dengan budaya masyarakat Melayu yang sentiasa berpegang kepada janji. Korang ingat istilah ‘janji Melayu’ tu main-main ke? :p
Ok serius!! Rapatnya masyarakat Melayu dengan perjanjian itu mungkin tepat digambarkan melalui petikan peribahasa orang-orang lama:
‘Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya’ - jika lembu? :p
Dan Najib sendiri di dalam beberapa ucapannya pada siri Jelajah Janji Ditepatinya, kerap memetik sabda junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
‘Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga (3) – bila berkata ia dusta, bila berjanji ia mengingkari, dan, bila dipercayai ia khianati’
Di dalam ucapannya pada pelancaran Laporan Tahunan NTP 2012, 19 Mac lalu, ulasan Najib mengenai janji adalah seperti berikut:
“Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan, maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baru mereka?”
Fakta 3
Dan dalam tempoh beberapa tahun ini, kita dapat lihat bagaimana Najib begitu bersungguh-sungguh di dalam memastikan agenda transformasi bawaannya mencapai matlamat yang disasarkan. Namun begitu beliau mungkin sedikit terlupa/terlepas pandang/pejam mata/buat bodoh tentang satu perihal yang pada Ketam, secara seriusnya mampu menggagalkan agenda transformasi tersebut.
Secara peribadi, Ketam yang melihat perkara ini dari sudut budak hingusan berpendapat Pemilihan Umno 2013 ini seharusnya menjadi platform yang terbaik buat Najib melakukan ‘pembersihan’ dengan ‘memencenkan’ beberapa orang pimpinan yang boleh dianggap ‘beban’ kepada parti yang beliau naungi itu.
Enggan tersasar jauh, Ketam cuma mahu memfokuskan tentang perihal ‘menepati janji’ sebagai kriteria utama ‘upacara mereject’ seseorang pemimpin harus dilaksanakan pada pemilihan kali ini.
Ceritanya juga berlatarbelakangkan tahun 2008, tahun di mana BN ketika itu dilihat sedang bergelut dengan krisis kepercayaan di kalangan rakyat di negara ini. Maka nak dijadikan cerita, seorang pemimpin salah satu sayap Umno yang tewas pada PRU12, Mac tahun itu, beberapa bulan kemudiannya seperti yang dipetik media telah melafazkan kata-kata berikut:
“I want to make it very clear. Please don’t nominate me (for the post). I will not be accepting any nominations.
My word is my honour,”
Ianya adalah jaminan daripada pemimpin tersebut yang mana beliau tidak akan sesekali menerima sebarang pencalonan untuk bertanding melawan ‘bos’ nya ketika itu sekalipun layak sebagai menghormati pelan peralihan kuasa yang telah diumumkan pada bulan Ogos 2008.
Tapi tak lama kemudian, diulangi, tak lama kemudian, atau tepatnya 3 bulan kemudian, mungkin akibat sudah tiada ‘honour’, janji ataupun jaminan yang diberikannya itu hanya tinggal janji. Maka berlakulah peristiwa ‘berciri-cirikan kemunafikan’ pada waktu itu bila mana si munafik telah diangkat menjadi ketua pergerakan ‘yang terlibat’ :p….
Fakta 4
Kini, 2013, si munafik yang masih menyandang jawatan ketua pergerakan itu, mengumumkan bakal mempertahankan jawatan yang dimenanginya dengan penuh kemunafikan (berdasarkan sabda Nabi dan petikan ucapan Najib sendiri tentang menepati janji) itu pada pemilihan parti tidak lama lagi.
Lebih memunafikkan lagi adalah apabila sesiapa yang berniat untuk menentang beliau pada pemilihan itu nanti, maka individu tersebut akan dianggap munafik oleh pengikut-pengikut si munafik.
Takut situasi ini akan membuatkan puak pembangkang lebih cergas memunafikkan Umno secara keseluruhannya, justeru Ketam, yang masih hingus meleleh, budak hingusan ini, merayu kepada Najib agar elemen-elemen munafik ini, yang terang-terang tidak selari dengan agenda transformasi dan janji ditepati yang dilaung-laungkan, ditangani segera tak kiralah secara berhemah ataupun di’khemah’kan demi kepentingan parti dan negara khususnya.
Dan kepada mereka-mereka yang ketika ini bercadang untuk memilih si munafik, Ketam mohon sangat agar memohon petunjuk supaya digerakkan hati itu untuk samada mengekalkan si munafik, atau menggantikan beliau.
Dan sebelum unsur-unsur munafik merasuk dalam diri ini, elok sahaja Ketam undur diri sementara waktu di sini.
Adios!!!
No comments:
Post a Comment