Lambakan aktiviti jenayah dewasa ini tentu saja merisaukan kita. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai cerita kurang enak gejala yang semakin membarah di kalangan masyarakat hari ini.
Tak kira samada dari pembacaan ataupun tontonan, setiap orang yang punya perasaan pastinya akan mendidih melihatkan betapa semakin hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri sesetengah daripada kita.
Berita mengenai kejadian rompakan ibarat sudah menjadi perkara normal..sudah klise..Dalam pemberitaan, logik sebenarnya kalau Ketam dakwa cerita rompakan ini sudah hilang 'value' dari segi berita. Kesannya terhadap pembaca hakikatnya sudah tiada. Dan kalau ada sekalipun, kesannya begini: "Uish..rompak RM30 juta tu!" atau "Ada ke rompak 7Eleven je, sia-sia je da kena tangkap".
Dan seperti biasa, dalam hal-hal sebegini memang tidak dapat dielakkan kewujudan pihak-pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Berkelebihan memiliki ramai pemimpin yang berlatar belakangkan perundangan, isu ini dimanipulasikan sebaik mungkin oleh puak yang tidak asing lagi dengan kredibiliti mereka di dalam memutar belitkan fakta, Pakatan Rakyat.
Dengan matlamat untuk mengukuhkan sokongan terhadap mereka, hal ini telah diperbesar-besarkan secara berlebihan oleh puak haram jadah ini. Menggunakan alasan keselamatan dan kepentingan rakyat, puak-puak ini Cuma menyalak tanpa memberikan sebarang cetusan idea mereka sebagai cadangan membendung gejala ini.
Usaha mereka ini mungkin sedikit berbaloi apabila kelihatannya ramai juga yang mempertikaikan kerajaan yang dilihat tidak serius di dalam mendepani isu ini. Namun begitu pada masa yang sama kita jangan lupa sebenarnya satu hakikat yang mungkin sedikit kita abaikan..Puak-puak ini, dalam mereka konon-konon lantang menyuarakan hal-hal sebegini, hakikat yang tidak dapat disorok ialah apabila pihak berkuasa kita bertindak menangkap dan mendakwa individu-individu yang dikaitkan dengan jenayah, merekalah sebenarnya juga yang tampil membela tertuduh-tertuduh ini. Tak percaya tanya Naib Presiden PKR, N Surendran.
Sedikit perkembangan menarik hari ini berkaitan isu jenayah di negara kita apabila pihak Kementerian Dalam Negeri telah tampil mendedahkan nama 49 pertubuhan yang dikaitkan dengan aktiviti kongsi gelap. Senarai nama pertubuhan-pertubuhan itu didedahkan atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Berikut adalah senarai lengkap 49 pertubuhan tersebut:
1. Geng 04
2. Geng 08
3. Double 7
4. Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10. Geng 21
11. Ang Soon Thong
12. Wah Kee
13. Sio Sam Ong
14. PNEH
15. Hong Hong San
16. Hai San
17. Sin Ang Bin
18. New Cell 20
19. Jit It Hai
20. Sio Koon Tong
21. Gee Lam Kor
22. Gee Ah Eng
23. Loh Kuan
24. Tiang Yee Tong
25. Geng Leng Hor
26. Geng 35
27. Geng 303
28. Geng Satu Hati
29. ATAP
30. Hung Ann
31. Sui Yup
32. Otai
33. Borneo Red EMP
34. Ah Ngau
35. Batu Tiga
36. Ah Feng
37. Batu 10
38. Sibu Ti
39. Ah Seng
40. Ah Chin
41. Lee Lung
42. Lo Han
43. Sg Merah
44. Sg Badut
45. Ting Ching Lee
46. Tua Cak Lee
47. Teksi Station
48. Pintu Merah
49. Krokop
Sama-samalah kita nantikan apakah kesannya daripada tindakan kerajaan ini samada ia dapat melemahkan operasi dunia bawah tanah ini atau sebaliknya. Tapi menimbangkan secara rasionalnya, kalau Ketam adalah remaja baru habis sekolah dan direkrut oleh mana-mana kumpulan kongsi gelap, pastinya Ketam akan menjadi lebih ‘berkepak’ sekiranya geng yang Ketam join tu terselit dalam senarai ni.
Entahlah..Ketam percaya kerajaan pastinya telah melakukan pertimbangan yang menyeluruh sebelum mengambil tindakan ini.
Adios!!
No comments:
Post a Comment