Keramatnya perkataan ‘aku bersumpah..’ itu bukan main-main bagi orang Melayu. Ini kerana berdasarkan kepercayaan turun temurun, seseorang yang bersumpah itu ditakuti akan termakan dengan sumpahannya sendiri sekiranya didapati beliau berbohong ataupun melanggar pantang-pantang sumpahnya itu.
Dan cerita mudahnya betapa sumpah itu berpengaruh di kalangan Melayu, kalau Ketam dituduh mencuri, lalu untuk menafikannya Ketam pun bersumpah menafikan dakwaan tersebut, maka otomatiknya orang-orang yang menuduh itu akan macam ‘puas hati’, ‘lega’, ‘sedap hati’…Ha..Gitulah lebih kurangnya nak tunjukkan powernya perkataan sumpah tu bagi orang Melayu.
Sumpah itu juga amat rapat dengan lagenda ataupun mitos orang dulu-dulu dan antara yang paling diingati sekali adalah lagenda ‘Sumpahan Mahsuri’ yang telah dihukum sula akibat fitnah.
Dan di kala zaman moden ini, tentunya semua masih ingat tentang beberapa peristiwa di mana terdapat beberapa individu yang telah melakukan sumpah laknat samada untuk membersihkan nama, membuktikan diri teraniaya serta menguatkan dakwaan berhubung salah laku seseorang.
Terlebih dahulu, sumpah laknat bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.


Selain itu ingatkah kita tentang kenalan Anwar bernama Shazryl Eskay? Bersama rakan-rakannya iaitu Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim di sebuah masjid di Sentul, beliau telah melafazkan sumpah mengaitkan Anwar dengan perlakuan zina bersama dengan China Doll yang aksinya telah dirakamkan..

“Saya bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…”
Itu adalah sumpah Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Malah Ezam juga dikatakan telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang Muslim yang baik dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ini tidak lagi kita imbas kembali bagaimana sumpah yang telah dilafazkan oleh Ummi Hafilda. Ahli keluarga kepada orang kuat Anwar sendiri iaitu Azmin Ali ini telah berkali-kali melakukan pendedahan tentang moral Anwar yang dikatakan korup serta kotor sekali.
Eh kalau nak diimbaskan bersepah sudah orang bersumpah tentang bekas Timbalan Perdana Menteri ini. Tapi point yang Ketam nak bangkitkan di sini adalah bagaimana slumbernya beliau ini tidak mengendahkan sumpah-sumpah tersebut. Dan isu ini juga seakan-akan semakin dilupakan apabila lama-kelamaan orang semakin lupa mengenainya.
Bijak sungguh strategis Anwar di dalam merencana rentak beliau dalam arena politik negara ini. Atau mungkin juga berkat dirinya itu ‘ANUgerah Tuhan’, maka hanya perlu relaks sampai ia reda atau sejuk dengan sendirinya.

Dan untuk itu, Ketam ada satu cadangan baeeekk punya untuk Anwar Ibrahim ini sebagai jalan singkat untuk beliau menang besar pada PRU13 ini. Caranya mudah sahaja..confirm ‘checkmate’ Barisan Nasional kalau Anwar ikut cadangan Ketam ni. Cadangannya ialah, oleh kerana PRU13 da benar-benar hampir da ni, Ketam rasa da sampai masanya untuk Anwar melafazkan sumpah beliau bagi menafikan segala tuduhan-tuduhan yang dikatakannya fitnah itu. Sungguh..mungkin sekutu beliau dari parti kuat agama ada dalil-dalil tertentu untuk tangkis cadangan Ketam ini. Tapi kita bicara soal PKR, parti yang dinaungi Anwar, dalam usahanya untuk memenangi hati pengundi-pengundi Melayu. Kita tahu bahawa di kalangan Melayu, tidak ramai yang mahu menyokong PKR ini. Tetapi percayalah, keyakinan kaum ini akan melantun-lantun, mencanak-canak, membobok-bobok naik jika Anwar bersumpah..
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga sebelum ini pernah berkata bahawa sumpah bukan satu paksaan, tetapi Anwar sewajarnya melakukan sumpah balas untuk menghilangkan sangkaan buruk.
So cadangan telah Ketam kemuka. Ketam sangat yakin BN akan checkmate kalau Anwar sumpah..Tinggal lagi sekarang ni kita tunggu dan lihat samada beliau berani menyahut cadangan ini ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment