Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, August 31, 2013

Stesen Komuter Untuk Rembau-Rembau Most Wanted!!


 
Wah..untunglah orang-orang ghombau..Walaupun 'most wanted' tapi tak ketinggalan daripada perancangan pembangunan kerajaan.

Untuk Rembau-Rembau most wanted sekalian, 30 Ogos lalu bermulalah secara rasminya operasi Stesen Komuter di Rembau. Lopeh ni bolehlah ekau semuo poie luehkan lagi jajahan untuk jadi most wanted..kekeke..
 
Sedikit info mengenai stesen tersebut, lesen  kebenaran untuk memulakan operasinya telah diluluskan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini.

Ketika melakukan lawatan kerja ke stesen berkenaan dan stesen Pulau Sebang, Tampin bersama para media pada 29 Ogos lepas, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu yang kelulusan telah diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setelah pihaknya berpuashati dengan kerja-kerja pembinaan rel dan stesen berkenaan.

Ketam dengar cerita Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah hantar surat kepada SPAD meminta supaya stesen komuter diwujudkan di sana. Dan kini permintaan tersebut telah ditunaikan..so YB KJ, lopeh ni kalu balik Ghombau den nak kirim masak lomak Kotam satu..Eh! :p 

Apa pon, layan lagu W.A.R.I.S - Rembau Most Wanted ni...

Adios!!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...