Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, September 19, 2013

Brad Pitt Mucul Di Majlis Kahwin Peminat



Aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt membuat kejutan apabila muncul dalam sebuah majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di Hotel Store Park, London pada hujung minggu lalu.

Daily Mail melaporkan, pasangan pengantin tersebut Abi dan Daniel Lingwood menjemput Brad Pitt ke majlis berkenaan selepas terserempak dengan pelakon itu yang sedang minum di sebuah bar berdekatan dewan acara itu berlangsung.

“Suami saya ternampak Brad sedang minum seorang diri di bar dan kami menghampirinya untuk mengambil peluang bergambar kenang-kenangan dengannya pada hari bahagia kami.

“Namun tidak menyangka dia bersetuju untuk menghadiri perkahwinan kami selepas dipelawa untuk turut serta,” katanya.

Pitt, 49, berada di London untuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, Fury.

Tambah Abi, Pitt juga berbesar hati untuk mengambil gambar bersama mereka selain mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu.

“Dia memuji saya kelihatan cantik dan dia mengajak kami bergambar sebagai kenang-kenangan,” tuturnya.

Dalam pada itu, Abi berkata, Pitt bagaimanapun terpaksa beredar daripada majlis tersebut kerana perlu menghadiri perjumpaan bersama penerbit filem Fury di hotel sama.

“Apabila tetamu mula menyedari kehadirannya semua menjadi seperti tidak keruan dan cuba mendekati Brad namun dia terpaksa beredar dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya dan suami.

“Walaupun kehadiran Brad telah menenggelamkan hari bahagia saya tetapi tidak mengapa kerana kehadirannya adalah hadiah paling hebat untuk perkahwinan kami,” tuturnya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...