Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, September 20, 2013

Info Teksi 1Malaysia



Seperti yang kita semua ketahui, sekitar Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian sebanyak 1,000 permit teksi individu kepada pemandu-pemandu teksi di negara ini melalui satu program yang dinamakan 'Teksi 1Malaysia' (TEKS1M).

Objektif pelaksanaan program yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu adalah untuk memastikan penambahbaikan di dalam perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia selain sebagai satu komitmen kerajaan di dalam membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Posting kali ini Ketam rangkumkan sedikit info mengenai skim ini yang menerima sambutan hangat daripada kalangan para pemandu teksi.

Tahukah anda:

  • Sejumlah 1,000 buah Teksi 1Malaysia terlibat dalam skim yang dikendalikan oleh SPAD ini.
  • Untuk fasa pertama yang dijadualkan 'roll-out' dalam masa dua minggu lagi, jumlahnya ialah sebanyak 200 unit.
  • Teksi ini didatangkan dalam dua varian iaitu auto dan manual.
  • Harga yang ditawarkan pula adalah dari sekitar RM64,000.
  • Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB) pula diamanahkan untuk menyediakan geran sebanyak RM5,000 untuk digunakan sebagai sebahagian daripada pembayaran teksi.
  • Baki nya pula dibiayai melalui skim pinjaman yang disediakan olen Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Setakat ini seramai 84 perserta telah diluluskan pinjaman dan bakal menerima unit mereka setelah pemeriksaan PUSPAKOM dan JPJ siap dalam masa dua minggu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...