Ayuh semua rakan dan taulan!! Merdeka Raya Merdeka Raya!! Jika selama ini kita lupa/segan/malu/ego untuk tunjukkan rasa cintakan negara, apa kata hari/malam ini kita buang semua elemen tersebut dan hayati 56 tahun usia negara kita dengan penuh bangga.
Isu-isu remeh jangan dijadikan penghalang hasrat kita tonjol rasa bangga dan cinta pada Malaysia. Semua itu tak lebih dari sekadar alasan semata..kalau nak mesti boleh sahaja. Muak sebenarnya dari kecil Ketam dok dengar alasan yang sama..jalan sesak, jalan sesak, jalan sesak dan trafik jem. Hello brader, lu tiap-tiap hari mengadap jalan sesak pi dan balik kerja slumber je..tak mati pon lu kan..haish..
Untuk makluman anda, bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka, pengendali-pengendali pengangkutan awam darat, terutamanya dari sektor rel dan bas telah mengumumkan perkhidmatan tambahan. Justeru, para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n’ Go bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket.
Untuk maklumat lanjut bagi memastikan semuanya berjalan lancar, sila hubungi :
RapidKL : www.myrapid.com.my; twitter: MyRapidKL atau Helpline 03 7885 2585
KTM : www.ktmb.com.my; atau Pusat Panggilan 1300 88 5862
ERL : www.kliaekspres.com
SPAD : www.spad.gov.my
Adios!!
No comments:
Post a Comment