Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, June 03, 2013

Petisyen Pertama 'Pasukan Siasat PRU13 PKR', Jangan Lupa 'Cerita Hantu' Ni..



23 Mei lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah mewartakan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memberitahu bahawa parti-parti politik boleh mengemukakan petisyen untuk mencabar keputusan tersebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh pewartaan sekiranya terdapat bantahan mengenainya.

Ertinya, samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, mereka ada masa sehingga 12 Jun ini untuk mengemukakan petisyen bantahan mereka kepada SPR.

Dan genap seminggu yang lalu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ada menyatakan yang Pakatan akan memfailkan petisyen pertamanya minggu ini.

Laporan Sinar Harian pada 27 May, 2013 bertajuk 'PKR: Petisyen pertama difail seminggu lagi' menyebut siasatan petisyen PRU13 yang pertama daripada PKR hampir siap dan akan difail ke mahkamah seminggu lagi.

Rafizi yang mengetuai Pasukan Siasat PRU13 PKR berkata, satu bengkel diadakan di ibu pejabat PKR sehari sebelumnya yang menemukan 120 peserta terdiri daripada peguam, penyiasat, calon dan ahli-ahli parti yang berkenaan.

“Kita sedang mengumpul bukti dan proses mengambil kenyataan dengan lebih terperinci bagi mempercepatkan petisyen dihantar ke mahkamah.

“Kita tumpukan aspek kesalahan dan penipuan pilihan raya seperti yang dilaporkan oleh pengundi dan orang ramai. Semua sudah tahu dan sedia maklum apa isu akan dibangkitkan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Hari ini 3 Jun 2013, genaplah seminggu tempoh yang beliau nyatakan itu. Baguslah sebenarnya mereka ini mengikut saluran yang betul di dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap keputusan PRU13 yang lalu berbanding dengan merusuh tak tentu pasal.

Tapi Ketam tertanya-tanya juga, apakah petisyen pertama yang bakal dikemukakan itu turut menyelitkan perkara 'Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing' ini?

Imbas kembali insiden tersebut, portal Selangorku pada hari mengundi (5 Mei) yang lalu melaporkan kononnya ada pengundi hantu yang berjaya 'ditangkap' cuba untuk membuang undi.

Petikan laporan tersebut:

Beberapa warga asing Myanmar dan Indonesia berjaya ditahan di pusat pembuangan undi di sini hari ini dipercayai pengundi hantu.

Petugas Pakatan Rakyat berjaya mengesan mereka berdasarkan perwatakan mereka yang meragukan.

Calon PR DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu dan berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengabaikan isu berkenaan.

“Di Padang Jawa, kita telah menangkap dua tiga pengundi hantu warga Myanmar dan Indonesia pagi ini di pusat mengundi.

“Kerisauan kita selama ini berasas. Saya sebagai calon berharap SPR jangan defensif, dia kena jawab secara benar.

“Kenapa masih ada daftar yang tidak bersih,” katanya kepada TVSelangor hari ini.


*sambungan klik link di atas tadi

**Video laporan Selangorku


                                  


Dan jika diteruskan membaca artikel tersebut, turut diselitkan komen ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dengan bangga menyatakan ia sebagai bukti dakwaan mereka berhubung pengundi hantu selama ini benar.

Tapi, Ketam tertanya juga apa yang jadi dekat 'hantu-hantu' yang mereka tangkap tu? Dan macam Ketam nyatakan tadi, apakah insiden di Padang Jawa yang Rodziah dedahkan ini turut diberi perhatian dalam petisyen yang Pakatan? Isu serius ni..pengundi hantu tau..yang selama ini mereka dok jaja tapi tak pernah tangkap seorang pun..Tup tup 5 Mei kata ada dapat tangkap..

Kemukakanlah mana insan malang yang dikatakan itu. Setakat cakap dekat press kata dapat tangkap tapi takda bukti tak guna jugak. Masukkan sekali dalam petisyen, baru strong bantahan tu.

Apapun kita sebagai rakyat tengok sahajalah gelagat-gelagat yang sudah, sedang dan bakal ditampilkan oleh politikus-politikus ini. Mana yang baik dijadikan teladan..yang China doll mintak dijauhkan..Eh! :p


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...