Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, June 03, 2013

Alahai..Takda Orang Beritahu Tok Guru ke?





Antara yang dilaporkan media semalam ialah berhubung pendirian Australia yang mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai mempunyai kredibiliti.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri Luarnya, Senator Bob Carr ketika diwawancara editor akhbar The Australian, Greg Sheridan.

Pada wawancara tersebut, Carr turut mengakui institusi yang menerajui proses pilihanraya di negara ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), adalah sebuah badan yang benar-benar bebas dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

SPR katanya lagi, berjaya membuktikan bahawa Malaysia berupaya melaksanakan amalan demokrasi.

"Jelas Malaysia mempunyai kerajaan berkredibiliti. Saya menelefon rakan sejawat, Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain," Carr dipetik sebagai berkata.

Ok..itu satu cerita. Sekarang cerita kedua pulak yang juga terbit semalam. Bandingkan dengan cerita tadi..*amboi..macam soalan penulisan pulak! :p

Cerita kedua ini mengenai dakwaan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa berlaku kepincangan dalam pentadbiran SPR sehingga memaksa badan itu dikawal selia oleh Parlimen.

Mursyidul Am PAS itu berkata kawalan SPR oleh Parlimen sepatutnya telah lama berlaku iaitu kira-kira 55 tahun lepas bagi mengelak sebarang penipuan yang mungkin berlaku sepanjang pilihan raya berlangsung.

"Saya nak kalau boleh SPR awal-awal diletak di bawah Parlimen. Kenapa perlu diletak di bawah pejabat Perdana Menteri sejak lebih 50 tahun lepas?" beliau dipetik sebagai berkata.

Komen tersebut dibuatnya susulan keputusan kerajaan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan, yang turut dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Makanya:

Point 1 – Takda mana-mana pemimpin Pakatan/PAS yang inform Tok Guru pasal pendirian Australia tu ke? Awatlah omputih tu boleh respect sistem demokrasi yang dilaksanakan di negara ini, tapi Tok Guru tak nampak? Haish..

Point 2 – Pemimpin luar negara boleh nampak, boleh iktiraf, boleh respect pilihan rakyat Malaysia ini. Tapi ada taksuban-taksuban puak haram jadah nampak? Kalau nampak pun buat-buat tak nampak kot. Takut nanti kena tuduh sesat..Gila apa tak nak ikut kata ANUgerah tuhan..ANUgerah tuhan dan ‘berfirman’ tau pilihanraya Malaysia ni tak adil. Kerajaan zalim ini harus ditukar ‘sabda’ ‘pesuruh-pesuruh’ ANUgerah tuhan.

Point 3 – Kerajaan dah bagi muka lagi kat puak-puak ni..pindahkan SPR di bawah pemantauan Parlimen. Lagi mau kritik kah? Aiyoo..ini standard puak haram jadah hati hitam jiwa keladak tak nampak kebaikan. Apa saja yang dibuat pihak bukan sekutu mesti akan dikritik habis-habisan tak kiralah walau baik macam mana sekalipun. Bila tang puak depa, ada video pun molek selalu di mata mereka. Haram jadah betul..

Cukup-cukuplah tu Ketam..kang hang lak meroyan lebih-lebih mengalahkan puak haram jadah ni..kekeke..adios!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...