Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, June 02, 2013

Lanjut Kontrak Pengerusi, SPAD di Landasan Tepat!


Prestasi cemerlang yang ditampilkan Tan Sri Syed Hamid Albar menyaksikan beliau terus diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan khidmatnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi tempoh dua tahun lagi.
Selain beliau, khidmat Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal bin Mohamed Kamal turut dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi.
Masih segar dengan kejayaan di Geneva baru-baru ini apabila SPAD telah berjaya merangkul Anugerah Komitmen Politik Asia Pasifik dari Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP), pelantikan semula ini pastinya disertai harapan yang tinggi terhadap kedua-dua individu penting suruhanjaya ini di dalam meneruskan agenda transformasi sistem pengangkutan negara.
Kredibiliti SPAD di dalam mengangkat imej sektor ini sebenarnya tidak boleh disangkal. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sejak dari penubuhannya pada tahun 2010. Turut tidak ketinggalan, bermacam-macam insentif diberikan kepada mereka yang terlibat di dalam industri ini. 
Mulut-mulut yang mengomel 'itu tak cukup', 'ini tak cukup', 'itu salah', 'ini salah', perkara biasa. Namun ianya tidak sedikit pun merencatkan operasi SPAD dalam merencanakan perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik buat rakyat. Lagi bising orang mengomel, tau-tau dah laksana itu ini..Begitulah gambaran operasi suruhanjaya ini.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Tan Sri Syed Hamid dan encik Mohd Nur Ismal di atas pelantikan semula ini. Diharapkan terus istiqamah dan kental di dalam menghadapi kritikan-kritikan yang pastinya lebih hebat pada masa mendatang.
Rekod cemerlang SPAD dalam tempoh kebelakangan ini pastinya rakyat mengharapkan lebih banyak lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang menguntungkan semua pihak. Tapi berdasarkan pengalaman yang dimiliki dalam pelbagai lapangan sebelum ini, Ketam percaya pastinya Tan Sri Syed Hamid dapat menterjemahkan harapan yang diberikan rakyat kepadanya menjadi realiti.

Adios!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...