Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, June 23, 2013

PAS gesa DAP 'kerja keras' tawan sokongan Melayu




Parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP perlu melihat secara serius cara untuk menangani persepsi di kalangan masyarakat Melayu terhadap parti pembangkang tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad ketika berucap pada Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini, berkata persepsi di kalangan masyarakat Melayu yang masih menganggap Umno sebagai satu-satunya parti yang mampu melindungi kepentingan kaum tersebut perlu diubah sekiranya Pakatan mahu merealisasikan impiannya menjadi pentadbir di peringkat persekutuan pada penggal yang akan datang.

Selagi perkara tersebut tidak diubah katanya, ia akan menyukarkan peluang Pakatan untuk merampas pentadbiran kerajaan persekutuan.

"Orang Melayu bimbang kalau Umno kalah, apa akan jadi pada Melayu Islam.
 
"Ini 'kejayaan' yang dicipta, yang buat rakyat takut untuk kalahkan Umno. Termasuk (isu) nama Allah dan sebagainya. Oleh itu untuk ambil alih, kita perlu kaji sungguh-sungguh menjelang pilihan raya akan datang," katanya yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu.

Justeru, beliau menyeru seluruh pimpinan Pakatan supaya mula 'bekerja keras' dan membuat perancangan rapi dalam mengubah persepsi masyarakat Melayu Islam di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

"Rancang untuk empat tahun akan datang, (terutama) DAP, untuk buang persepsi untuk buang Umno penyelamat Melayu.

"Barangkali (mereka) kejayaan ini sementara, jadi perkara ini kita semua perlu mengambil serius kenyataan.

"Kena buat kerja kuat untuk tawan pengundi muda, Melayu," ujarnya.

Pemimpin-pemimpin PR sebelum ini pernah bertelagah berhubung beberapa perkara seperti pelaksanaan hukum Islam, hudud sekiranya mereka berjaya memerintah.

Cadangan daripada PAS itu telah ditolak bulat-bulat beberapa pemimpin DAP seperti Pengerusinya, Karpal Singh, yang kemudiannya mencapai konsensus mereka setuju untuk tidak bersetuju.

Isu penggunaan kalimah Allah juga pernah dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika perutusan Krismas hujung tahun lalu, yang mana kembali menjadikan isu berkenaan suatu perdebatan dan mengambil perhatian ramai pihak.

Pada PRU-13 awal Mei lalu, Umno sebagai salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) telah berjaya memperkukuhkan kedudukannya dengan menambah beberapa kerusi di negeri yang menjadi kubu kuat Pakatan seperti di Kelantan selain berjaya merampas semula Kedah di saat rakan-rakan komponennya seperti MCA dan MIC dilihat bergelut untuk memulihkan imej mereka.

Faktor kejayaan Umno itu dilihat berkisarkan kepada sokongan padu masyarakat Melayu terhadapnya.

Sementara DAP pula dilihat meraih hampir seluruh sokongan kaum Cina pada PRU13 itu.


Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...