3 Jun ini bakal menyaksikan genap tiga tahun Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar mengepalai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dan sepanjang tempoh tersebut, sukar untuk kita menafikan sumbangan suruhanjaya ini di dalam memacu kemajuan sistem pengangkutan awam di negara ini.
Melainkan kita buat-buat rabun atau buta tuli dan gelap hati, pastinya pelbagai inisiatif yang dilaksanakan SPAD ini dapat kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang mana berdasarkan pemerhatian Ketam, sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.
Ini pastinya satu perkembangan yang positif buat negara kita terutamanya di dalam mencapai status sebuah negara maju. Dan lebih memberangsangkan lagi ialah apabila memikirkan usia suruhanjaya ini yang hakikatnya masih 'hijau' jika dibandingkan dengan apa yang telah dicapainya setakat ini.
Untuk rekod, SPAD ditubuhkan pada tahun 2010 di mana Tan Sri Syed Hamid adalah Pengerusinya yang pertama selain diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Melihatkan kepada pencapaiannya setakat ini, justeru tidak hairan mengapa puak pembangkang begitu 'beristiqamah' sekali menyerang suruhanjaya ini dari pelbagai sudut. Tidak pernah satu pun inisiatif yang diperkenalkan SPAD setakat ini yang direstui mereka. Pasti ada sahaja yang tidak kena di mata mereka yang kononnya sempurna itu.
Dan hal itu diakui Tan Sri Syed Hamid sendiri sebagai salah satu cabaran yang perlu dihadapinya di dalam mengemudi suruhanjaya tersebut. Melihat daripada sudut ini, maka tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaruh kepercayaan terhadapnya untuk menerajui SPAD.
Rasionalnya, individu yang layak untuk mengepalai transformasi bidang pengangkutan awam ini haruslah seorang yang berwibawa selain mempunyai pengalaman yang luas serta tidak gentar berhadapan serangan daripada puak tidak tahu bersyukur dengan kenikmatan yang dikurniakan.
Manifestasinya adalah apa yang dapat kita lihat pada hari ini. SPAD di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid yang dibantu sebuah pasukan yang berdedikasi dan komited telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif-inisiatif yang bermanfaat kepada semua pihak. Bukan setakat pengusaha pengangkutan awam itu sahaja menerima faedah, tetapi pengguna perkhidmatan turut menerima manfaat dasar yang diperkenalkan SPAD.
Maka terbukti Datuk Seri Najib telah membuat pilihan yang tetap dengan melantik Tan Sri Syed Hamid sebagai Pengerusi SPAD. Pengalaman beliau dalam pelbagai bidang banyak membantunya menepis segala halangan yang perlu dilaluinya sepanjang tempoh tiga tahun ini.
Berkesempatan untuk bertemu bekas Menteri Dalam Negeri itu baru-baru ini, Syed Hamid memberitahu yang Perdana Menteri sewaktu ingin menyerahkan tanggungjawab tersebut kepadanya telah memberikan amaran bahawa jawatan itu mencabar dan berprofil tinggi.
Dan maksud amaran Perdana Menteri itu dirasainya sendiri di peringkat awalnya mengemudi SPAD.
“Saya ingat bila dah tak jadi menteri, saya tak payah berdepan dengan masalah orang ramai. Tetapi masalahnya lebih dahsyat daripada ketika saya menjadi menteri! Yelah, pasal kita berurusan dengan orang awam secara direct.
“Orang suka tengok hasil perubahan, tetapi pada masa yang sama sentiasa menentang perubahan. Bila benda itu bagus, dia puji…Wah..bagus! Tetapi selepas itu mula komen dan kritik," ujar beliau.
Ketam tengah mengaji ke apa tu? :p |
Panas juga telinga katanya masa mula-mula dikritik pedas-pedas..Tapi lama-kelamaan beliau mula menerima yang perbezaan pendapat itu adalah proses normal.
“Mula-mula kena kritik yang pedas-pedas aja. Sakit juga. Tetapi lama kelamaan saya fikir, semua orang ada pendapat. Bagi saya, berbeza pendapat bukan satu perkara yang luar biasa,” katanya.
Beliau yang melepaskan kerusi Parlimen Kota Tinggi untuk memberi ruang kepada calon muka baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu turut bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan sebuah pasukan yang sangat komited walaupun pada dasarnya ramai yang masih muda.
“Tetapi itu yang bagusnya. Saya puashati bekerja dengan golongan ini sebab mereka bertenaga dan banyak idea bernas. Kejayaan yang dikecapi SPAD sekarang bukan kerana saya sahaja, tetapi juga kerana mereka ini,” tegas beliau.
Dan dalam tempoh tiga tahun ini, tiada secebis kesal pun dirasainya di dalam mengemudi SPAD sebaliknya beliau seronok kerana dapat melihat proses pembangunan itu berlaku di depan matanya sendiri.
MRT, BRT, lorong khas untuk bas, terminal baru, MRT 2, MRT 3, keretapi laju, Go-KL, lenguh dah tangan..tapi itu baru secebis sahaja antara inisiatif-inisiatif SPAD yang sudah dan bakal dilaksanakan.
Dan berdasarkan apa yang diceritakannya, Ketam percaya formula yang diterapkan oleh Tan Sri Syed Hamid ialah keikhlasan di dalam melakukan kerja-kerja. Amatlah penting untuk kita merasa seronok di dalam pekerjaan kerana dari situlah datangnya keikhlasan.
Dan berkat daripada keikhlasan itulah yang menghasilkan apa yang telah dicapai SPAD selama ini.
Amboi, serius pulak Ketam..Tapi betul beb, korang kena tengok macam mana excited dan bersungguh-sungguh Tan Sri bercerita pasal SPAD ni. Nampak riak keceriaan kat muka dia time bercerita. Dan dalam ceria bercerita tu, nampak ada lagi yang mungkin beliau tak puas hati yang mana agaknya beliau rasa boleh buat better lagi.
Dan inilah asasnya yang selama ini Ketam seringkali nyatakan iaitu tidak mustahil sistem pengangkutan negara akan muncul sebagai salah satu yang terbaik di dunia dan setaraf dengan negara-negara maju sekiranya momentum yang ada ini berterusan.
Sekarang ini pun ia berada di landasan yang baik memandangkan kepercayaan rakyat negara ini terhadap sistem pengangkutan awam sudah beransur-ansur pulih.
Steadylah SPAD! Baru tiga tahun beb!! Pakatan orang bagi Selangor lima tahun haram jadah habuk pasir pon korek! Ni dapat lagi lima tahun tak tahulah apa jadi...
Adios!!!

No comments:
Post a Comment