Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, October 08, 2013

Perkukuh Institusi Kekeluargaan Dengan 'No. 19'!!


 
Salam semua!!! Di kelapangan waktu yang ada ini Ketam ingin gunakan untuk terus mengulas mengenai Pemilihan Umno 2013 yang sudah benar-benar hampir kini. Namun sebelum itu Ketam ingin ucapkan selamat jalan kepada jemaah-jemaah haji Malaysia yang telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji. Ketam mendoakan agar selamat perjalanan pergi dan kembali nanti dan semoga mendapat haji mabrur hendaknya.

Baiklah, mengenai Pemilihan Umno 2013..Seperti yang dapat kita saksikan dua tiga hari ini, isu mengenai peranan Pergerakan Wanita Umno Malaysia sebagai tulang belakang parti keramat orang Melayu itu begitu hangat diperkatakan sehinggakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengulas mengenainya.

Diakui, sememangnya komitmen dan dedikasi para ibu-ibu di dalam sayap wanita Umno ini tidak boleh siapapun pertikaikan. Tanpa mereka akan tempanglah Umno itu sebagai sebuah organisasi. Justeru pemilihan kali ini sememangnya amat kritikal di mana para perwakilan yang bakal memilih nanti tidak boleh tersilap langkah di dalam membuat pilihan mereka.

Ingin Ketam tekankan di sini, amatlah penting buat para perwakilan nanti untuk memastikan individu yang benar-benar layak sahaja yang diangkat untuk memegang jawatan.

Dan untuk Pergerakan Wanita ini, suka sekali Ketam merujuk kepada kenyataan penyandang jawatan Ketua Wanita ketika ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai kriteria calon pergerakan itu.

Kalau tak silap, sedikit waktu dahulu ada ditekankan bahawa seseorang calon pergerakan wanita itu haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan.

Makanya, jika begitu ceritanya Ketam percaya calon Exco Wanita yang ingin Ketam tonjolkan di dalam artikel ini sememangnya sudah lebih daripada layak untuk diangkat membarisi kepimpinan sayap parti itu.

Sopan-santun, lemah-lembut, bijak, mudah dirapati, siapakah yang Ketam maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan, pakar motivasi hebat Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Kemesraan dan keramahan beliau yang turut dikenali sebagai seorang agamawan ini tidak dapat dinafikan. Kehadirannya di mana-mana sahaja pastinya akan disambut dengan senyuman mesra terutamanya di kalangan para-para ibu. Bonda Ketam sendiri sebenarnya pernah luah yang hati jadi sejuk apabila melihat wajah Dr Mashitah ini.

Berbekalkan pengalamannya sebagai pakar motivasi selama ini, Ketam percaya kehadirannya di dalam barisan kepimpinan wanita akan membantu pergerakan tersebut memainkan peranannya di dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini.

Selama ini pun dapat kita saksikan bagaimana beliau tidak pernah lekang dalam melindungi kebajikan ibu tunggal yang dilihat tersisih daripada mengecapi kestabilan keluarga tanpa kehadiran si suami.

Bantuan demi bantuan dihulurkan tanpa henti-henti dengan sasaran untuk membantu memperkukuhkan ekonomi para ibu tunggal di negara ini.

Sangat menghormati tokoh ini, maka untuk kesekian kalinya Ketam ingin seru para perwakilan supaya jangan dilupa Calon Exco Wanita Umno No 19 ini!

Adios!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...