Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, June 15, 2013

Fenomena 'Acah-acah' Berjuang Untuk Agama, Bangsa dan Negara



Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 awal bulan lalu, Ketam dapati fenomena cari salah pemimpin serta agensi kerajaan semacam sudah semakin menjadi-jadi.

'Wabak' yang sebelum ini hanya sinonim dengan puak-puak pembangkang dan pengikut-pengikut mereka ini nampaknya telah tidak lagi sekadar merebak di kalangan puak-puak haram jadah ni apabila sekarang melata di mana-mana sekalipun kita pergi pastinya orang bercerita tentang kekurangan ataupun kelemahan polisi/perkhidmatan/keputusan kerajaan.

Apa yang lebih mendukacitakan ialah saat sesi mengutuk/tibai/ kondem kerajaan itu berlatarbelakangkan puluhan/ratusan/ribuan agenda kerajaan yang terbukti faedah/keberkesanan/manfaat kepada ratusan/ribuan/jutaan warga Malaysia tercinta ini.

Contoh mudahnya nak kasi faham, hal persekolahan anak lah ek..Kerajaan laksana pelbagai dasar, bantuan serta inisiatif untuk ringankan beban ibu bapa menanggung anak-anak punya belanja sekolah, tapi itu semua orang tak nampak walaupun beratus-ratus program kerajaan laksanakan.

Yang orang nampak, 'sejak dari aku menerankan anak aku dulu, tak pernah aku naik tangan/tepuk dahi/sebat/'mengetuk ketampikan/tengking anak aku! 'Ter' pon tak pernah. Hatta kalau ada nyamuk gigit anak aku, rumah aku bakar betapa aku sayangnya anak yang diterankan itu' tanda tidak setuju pendekatan segelintir guru untuk tegas di dalam menyampaikan ilmu.

Macam complicated je contoh Ketam tu..hmm..lantaklah..kekeke..sambung cerita.

Memburukkan lagi keadaan, fenomena ini juga nampaknya sudah mula/semakin/berleluasa menular di kalangan pengamal media sosial serta blogger yang selama ini beriya-iya menjunjung aspirasi Barisan Nasional selaku pentadbir persekutuan.

Pemerhatian Ketam mendapati puak blogger mesra Umno sekarang ini ibaratnya terbawa-bawa/terikut-ikut/terpengaruh dengan mainan fitnah pembangkang. Dan fenomena ini bukan main-main, bukan seorang dua blogger yang Ketam dapati bukan main stim lagi menghentam, ramai!

Entah di mana silapnya, tapi semacam wujud satu gerakan licik yang mempunyai agenda tersirat di sebalik sikap yang ditampilkan blogger mesra kerajaan ini.

Bukanlah Ketam nak kata yang pemimpin Umno itu maksum, tak boleh ditegur. Ketam juga akan tibai kalau dirasakan ada yang tidak betul dilakukan mereka. Tapi masalah sekarang ini adalah puak blogger ini punya stim dok tibai gomen, terbajet konon diri tu good sangat, tak sedar sebenarnya menampakkan kebangangan diri sendiri yang kena tipu dengan fitnah pembangkang, puak yang depa selama ini sendiri dok terberak-berak pesan kat orang ramai supaya jangan dipercayai.

Ambil satu contoh cerita bangang lagi bebal puak yang sendiri gagal bantu BN pada PRU13 lalu tapi cuba spin letak salah kat bahu orang lain ni, dikatakan baru-baru ini ada pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditampar ketika menjalankan operasi. Cerita ni si bebal dapat dari portal Harakah, lidah rasmi PAS.

Nak dijadikan cerita, sahabat Ketam sudah dapat menghidu kebebalan si bebal tak nak mengaku bebal buat-buat kebal ni. Baca sini: Pegawai SPAD Ditampar!! Lagi Fitnah Bangang Pembangkang!

Itu satu cerita bangang. Tapi kalau dah namanya bangang lagi bebal, mustahil satu cerita bodoh sahaja yang depa buat. Sekarang ni dituduhnya pula kerajaan semacam mahu menganiaya rakyat apabila dikatakan akan menaikkan harga tiket bas sebanyak 30%. Naik harga tiket tu tak cukup kejam lagi kerajaan digambarkan puak ni. Nak tunjuk betapa kejamnya kerajaan ni, kenaikan itu dikatakan bakal dikuatkuasakan menjelangnya hari raya nanti.

Inilah masalahnya puak bebal ni..terlampau stim dok tibai orang, tak peduli apa yang ditibai tu betul atau tak. Janji dapat layan stim menibai kow-kow sampai muka pun da macam 'cow'.

SPAD sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap urusan pengangkutan awam darat di negara ini digambarkan seolah-olah bertindak sesuka hati mereka dengan menetapkan perkara yang membebankan rakyat ini.

Realiti yang puak bebal tak nampak adalah kenaikkan tambang ini bukan kehendak dan polisi kerajaan! Diulangi, BUKAN KEHENDAK DAN POLISI KERAJAAN! Badigol sood nampak tak tu? Da pakai huruf besar da tu. Tak nampak lagi memang bebal.

Perkara itu sebenarnya adalah permohonan yang diutarakan oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) sejak 2012 lagi. PMBEBALOA meroyan ni tak nak pulak depa kutuk..dok kutuk kerajaan je buat apa..bebal!

PMBEBALOA kapitalis makan duit rakyat ni yang buat permohonan kepada kerajaan untuk dibenar menaikkan tambang menjelang Aidil Fitri kononnya bagi mengelakkan mereka rugi. Dah nama kapitalis, memang itu je yang mereka fikir..rugi, rugi, rugi..Tekan rakyat takpa janji mereka tak rugi.

Yang meroyan tak kena apa, yang dah buat macam-macam untuk bantu ringankan beban rakyat pula yang jadi sasaran sang bebal.

Apa yang Ketam ingin sampaikan di sini adalah tak salah sebenarnya niat kita untuk menegur itu. Tapi biarlah apa yang ditegur itu berasas. Janganlah mudah sangat terikut-ikut apa yang orang cakap tanpa kita selidik dulu ia sahih atau tidak.

Dan blogger-blogger BN yang terlampau ghairah menyerang ni, Ketam faham Pemilihan Umno dah dekat. Nak puaskan hati 'client' janganlah nampakkan bebal diri tu. Lama-lama nanti orang pun dah malas nak baca blog korang. Tak nampak ke? Mata tu dah biol dek kena tampar dengan duit oleh 'client'?

Apapun di pihak kerajaan tak perlu risau dengan blogger-blogger haram jadah yang hanya bertuhankan duit semata-mata ini kerana ramai lagi blogger independent yang tak dapat sesen 'duit Umno' pun yang sedia membela.

*Mual-mual tekak baca blog acah-acah 'berkorban untuk agama, bangsa dan negara'..belakang takda duit sebulan blog tak jalan..pigidah!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...