Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, June 13, 2013

Lonjakan Bursa Malaysia bukti ekonomi BN diterima



Bursa Saham Malaysia yang ditutup kukuh sehari selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu membuktikan pasaran lebih yakin dengan dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional berbanding apa yang ditawarkan oleh pembangkang.

Selain itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, harga-harga saham yang ditutup kukuh itu mungkin juga akibat kelegaan selepas suatu tempoh politik yang tidak stabil.

"Adalah menarik untuk melihat peningkatan itu sebagai sokongan terhadap jalan yang telah kita pilih untuk Malaysia.

"Tetapi ia juga satu pernyataan kelegaan. Selepas setahun perkembangan yang tidak menentu, risiko politik berkurangan," katanya semasa merasmikan persidangan Invest Malaysia 2013 di sini.
Pada 6 Mei lalu, sehari selepas pilihan raya umum, FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada paras tertinggi pada 1,752.02 mata, dan penganalisis mengaitkannya dengan kemenangan BN yang properniagaan, yang akan terus berkuasa.

Penganalisis berkata bursa akan terus mengalami kenaikan, dengan pelabur mula menggunakan tunai mereka, yang sebelum ini tidak memasuki pasaran kerana menunggu keputusan pilihan raya.

Mereka berkata selepas ini, akan terdapat peningkatan dalam aktiviti belian diterajui pelabur institusi tempatan dan asing.

Pasaran kini didagangkan pada 1,756.18 mata.

Mengenai masa hadapan, Perdana Menteri berkata lima tahun akan datang bakal memberi peluang kepada kerajaan untuk menetapkan laluan Malaysia bagi dekad seterusnya.

"Saya faham dan menerima mesej daripada pengundi, bahawa semasa kita terus melalui jalan ini, kita perlu telus dan bertanggungjawab, dan manfaat transformasi ekonomi mesti sampai kepada semua rakyat Malaysia.

"Saya akan berusaha untuk memastikan kejayaan negara kita tanpa meminggirkan mana-mana pihak," katanya.

Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...