Oleh Abu Hassan Adam
[ULASAN] Di saat genting menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad ini semua yang bertanding seharusnya menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi akan menang. Keyakinan akan mempunyai kesan pada psikologi penyokong dan memancing kepercayaan mereka yang masih berada di atas pagar.
Bagaimanapun dalam hiruk pikuk pemimpin-pemimpin pembangkang menyusun strategi pusingan akhir ini, presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang memilih untuk tidak mahu duduk bersama dengan pemimpin PKR dan DAP.
Pakatan pembangkang cuba memberi gambaran bahawa kemenangan sudah berada di ambang mata. Namun Hadi enggan bersama meraikannya.
Perjuangan Hadi dalam PAS adalah satu juzuk
Apakah Hadi merajuk? Atau, adakah beliau menghantar mesej yang jelas kepada pemimpin-pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim khususnya? Perkembangan mutakhir ini mungkin boleh memperjelaskan kenapa Hadi bersikap demikian.
Yang penting bagi Hadi, perjuangannya dalam PAS adalah satu juzuk daripada kerja dakwah. Keutamaan hidupnya masih lagi menjadi hamba Allah S.W.T yang bertindak semata-mata kerana Allah S.W.T dan mengakuri sempadan yang ditetapkan-Nya.
Beliau memimpin PAS bagi memperkenal, memperjelas dan membimbing umat Islam dan bukan Islam hidup berharmoni dan sejahtera bersama mengikut lingkaran syariat Allah S.W.T.
Maka jika langkah itu dapat keredhaan Allah S.W.T, Hadi akan amat bahagia. Kerana itu juga beliau meranduk kecurigaan dan prasangka kaum dan agama untuk mahu bekerjasama dengan masyarakat bukan Muslim untuk membentuk sebuah Malaysia yang mendapat berkat dan keampunan Allah S.W.T (baldatun thoyibatun rabbun ghafur).
Ketelusan perjuangan Hadi diragui
Bagaimanapun dalam ketulusan perjuangannya, ada pihak sekutu yang masih mencurigai keikhlasan pergerakan Islam yang dipimpinnya. Sejak berpuluh tahun lalu, kerabat pembangkangnya DAP masih enggan memahami objektif kerajaan Islam yang mahu diperjuangkannya.
Setiap kali isu berhubung syariat Islam timbul, DAP akan berang dan lantang menentang. Sebagai seorang dai’e Hadi boleh faham kecurigaan ini. Namun yang sukar dimengerti mengapa insan yang “mendamaikan” dan menyelaraskan perjuangan Islamnya dengan DAP yang amat mencintai demokrasi - Anwar Ibrahim - tidak menunjukkan ketegasan untuk meredakan sikap memperlekeh Islam.
Untuk mengelak pergeseran terbuka di antara PAS dan DAP, Hadi mahu isu sensitif seperti siapa patut jadi perdana menteri jika pembangkang menang ditangguh sehingga keputusan PRU13 diketahui.
Begitu juga dalam isu hudud. Hadi berharap demi perpaduan pembangkang Anwar sebagai seorang muslim seharusnya mengemudikan persoalan itu sehingga selepas PRU13.
Bagaimanapun Anwar tidak seharusnya menyorok di sebalik alasan menjaga hati DAP dan mendiamkan diri hingga menimbulkan keraguan dan prasangka dikalangan masyarakat terhadap perjuangan PAS selama ini.
Kerusi perdana menteri keutamaan Anwar
Lebih melukakan Hadi ialah, Anwar seolah-olah mengutamakan kerusi perdana menteri daripada masuk ke gerbang Putrajaya dengan jati diri muslim sejati.
Sudah tentu Hadi sedih dan jengkel dengan tindakan PKR menyebarkan surat Dr Yusuf Qardhawi yang mengesyorkan Anwar jadi perdana menteri jika pembangkang menang nanti.
Baca lagi
No comments:
Post a Comment