Tinggal tak berapa lama sahaja lagi, tamatlah sudah penantian kita rakyat Malaysia untuk menyaksikan detik bersejarah 'ibu segala pilihanraya', Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Tanggal 5 Mei ini nanti, kita akan mendapat jawapan tentang sejauh mana hebatkah puak yang pong pang pong pang kata 'rakyat kini sudah bangkit' dan 'menginginkan perubahan', iaitu puak Pakatan Rakyat samada mereka mampu membuktikan kata-kata mereka ataupun sekadar auta 'sang raja drama'.
Dan semakin hampirnya kita kepada tarikh tersebut, apa yang Ketam perhatikan adalah 'angin perubahan' yang dikatakan itu buat masa ini masih 'sepoi-sepoi bahasa'. Secara peribadi Ketam merasakan tidak ada sebarang tanda yang signifikan untuk menguatkan 'ramalan kaji cuaca' tersebut.
Mendung mungkin ada sikit-sikit, hujan pun ada renyai-renyai, tapi kalau nak kata ribut bakal membadai Barisan Nasional (BN) tu Ketam rasa setakat ini masih belum ada petunjuknya lagi kedudukan parti pemerintah itu akan tunggang-langgang dek disapu angin. Tapi ingin ditegaskan di sini, Ketam tak simpulkan terus yang tidak akan berlaku ribut taufan bagai.
Ya, berdasarkan pemerhatian Ketam dapati kemungkinan besar ribut taufan tetap akan melanda 5 Mei nanti cumanya mungkin lokasinya sahaja yang berubah. Peramal-peramal kaji cuaca sebelah Ketam meramalkan kemungkinan berlakunya ribut taufan pada hari tersebut di mana segala penerbangan ke luar negara terpaksa ditunda kepada hari esoknya.
Ini sekaligus mengakibatkan 'personaliti' yang sepatutnya 'daftar masuk kerja sebagai pensyarah' terpaksa tidak menunaikan janjinya buat yang kesekian kalinya iaitu untuk 'pencen sini'..'pi kerja sana'.
Ramalan ini dikeluarkan berdasarkan kepada pemerhatian 'pengkaji-pengkaji' yang telah mengesan kewujudan aktiviti pada beberapa 'gunung berapi' yang berpotensi untuk meletus pada saat-saat yang tidak dijangka.
Sebenarnya, kalau 'gunung-gunung' itu tidak meletus pun tak apa kalau mengikut kepada buku rekod pemerhatian Ketam. Ini kerana 'gelombang' yang menghasilkan angin itu sekiranya ingin dibandingkan dengan daya yang dimiliki oleh 'gelombang merah' ibarat kecik-kecik anak je..Slumber angin gelombang merah boleh sapu balik angin pus pus tersebut siap dengan gunung berapinya sekali.
Tak percaya kata Ketam? Kita tengok 5 Mei nanti..agak kalau ada rusuhan atau kekecohan, itu maknanya Ketam betullah tu. Angin pus pus kalah teruklah tu..So saki-baki angin, atau nama saintifiknya 'angin kentut' je yang akan kononnya meng'occupy' dataran. Mungkin dalam 3-4 tikar mengkuang. (Eh tak de khemah? :p)
Apapun meh layan video kantoi Chegu Bard kat bawah ni ha yang konon-konon gunung berapi yang da nak meletus sangat da tu. Tapi last-last asap je lebih..Tapi aktiviti-aktiviti yang ginilah yang Ketam maksudkan yang bakal kacau daun 'ribut dahsyat raja auta' Anwar Ibrahim tu.
Lain Kalilah!!Adios!!! :p
No comments:
Post a Comment