Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Jika Pakatan Rakyat kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad ini, patutkah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Editor Harakah, Suara Keadilan dan Roketkini datang menemuinya untuk meminta maaf?
Ini kerana terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar berkenaan terhadap beliau. Bukan sahaja terhadap batang tubuh Najib yang dituduh korup dan terbabit dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, malah keluarganya dipalit sama.
Lazimnya editor-editor berkenaan bertanggungjawab kepada beberapa tokoh pimpinan parti seperti Ketua Penerangan atau publisiti. Malah ada juga yang melapor terus pada presiden atau timbalan presiden parti.
Sehubungan itu, wajarkah jika pakatan pembangkang kalah, Najib memanggil pemimpin parti berkenaan untuk turut meminta maaf.

Jika Najib bertindak demikian tentu orang akan mengatakan beliau seorang pendendam dan “tidak boleh bersenda-gurau dalam dunia politik”. Dituduh dengan pelbagai dosa dan difitnah pelbagai jenayah adalah lumrah bagi ahli siasah.
Namun Najib ialah seorang budiman. Sejak menjadi ahli Parlimen Pekan pada 1976 hingga memikul tanggungjawab Menteri Besar Pahang, dan akhirnya menjadi perdana menteri, dendam bukanlah ciri khas peribadinya.
Seseorang pemimpin haruslah ikhlas mahu berbakti kepada rakyat. Pemimpin juga harus mendengar dan menerima teguran. Saidina Umar yang tegas dan garang pun dipertikai oleh rakyat dari mana beliau mendapat ongkos memiliki jubah baru semasa beliau sedang berkhutbah.


Sebenarnya keangkuhan Anwar ini adalah di luar batas undang-undang. Jika Anwar terlalu marahpun dengan mana-mana pihak dan menuntut mereka memohon maaf kepadanya, beliau harus menggunakan saluran yang betul.
Perkara mencari hukuman setimpal kerana berasa diri difitnah harus diuruskan oleh Mahkamah, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin. Tuntutan pampasan atau permohonan maaf mesti ditentukan oleh mahkamah.
Soalnya, benarkah Anwar akan jadi perdana menteri? Jawabnya, sekalipun beliau benar-benar jadi perdana menteri, beliau harus menghormati undang-undang. Belum duduk sudah mahu berlunjur. Bayangkan jika Anwar memerintah kelak tidakkah beliau akan “beraja di mata dan bersultan di hati”?
Inilah orangnya yang mahu mengubah kerajaan sedia ada kerana kononnya mahu memberi rakyat kebebasan bersuara. Rupanya Anwar tidak ikhlas. Anwar ialah seorang pendendam dan mempunyai ego yang sangat besar.
Sumber
No comments:
Post a Comment