Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 30, 2013

Ramai Anak Malaysia Tak Tahu Perkara-perkara Ini




Nama Malaysia di mata dunia dalam abad ke-21 ini sudah tidak asing lagi. Kejayaan dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah melonjakkan imej negara kecil tenggara Asia ini setanding dengan negara-negara maju dunia dari Eropah khususnya.

Kedudukannya sebagai sebuah negara Islam turut dihormati oleh negara-negara Islam lain. Malah Malaysia turut dijadikan model untuk diikuti oleh kebanyakan negara Islam di dunia.

Keharmonian warganya menimbulkan rasa cemburu negara lain. Terpelihara daripada konflik yang serius melalui kestabilan sistem politiknya menyaksikan kesuburan ekonomi turut terjelma di bumi bertuah ini. Walaupun ketika ini wujud bibit-bibit percubaan untuk menggugat kesejahteraan yang dinikmati selama ini, Ketam harap usaha tidak bertanggungjawab itu akan menemui kegagalannya.

Melihatkan apa yang dinikmati di negara ini setakat ini, tentu sahaja sesiapa yang bergelar warganegaranya bangga. Tapi sejauh mana kita sebenarnya mengenali negara kita yang tercinta ini?

Sememangnya kalau nak diikutkan terlalu banyak fakta mengenainya yang mungkin tak pernah terlintas di fikiran kita. Namun untuk posting kali ini Ketam cuma kongsikan mana yang sempat dan terlarat sahaja untuk diteladani bersama. Harap sedikit-sebanyak membantu di dalam kita lebih mengenali negara tercinta ini. Layan senarai fakta menarik mengenai Malaysia ini.

Senarai Perkara Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang Selama Ini Tentang Malaysia:


  • Sebelum dikenali dengan nama Malaysia, negara ini pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu serta  Malaya, I-Tsing, Malaiur, Maliyur dan Malayo di kalangan negara China, India dan Barat.
  • Pokok getah bukanlah pokok semulajadi yang tumbuh di Malaysia. Ianya telah dibawa ke negara ini oleh H.N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.
  • Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia bertutur dalam 137 bahasa. 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung Malaysia.
  • Wayang pertama yang ditayangkan di Malaysia ialah filem Laila Majnun pada tahun 1933 yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company, Singapura.
  • Penang Free Shool yang dibuka pada tahun 1816 merupakan sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Pengasasnya ialah Paderi Sparke Hutchings.
  • Tanjung Piai yang terletak di Pontian, Johor merupakan penghujung bagi benua Asia Tenggara.
  • Datuk Seri Najib Razak merupakan ahli kabinet paling muda apabila ditawarkan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telemunikasi dan Pos pada tahun 1978 ketika berusia 25 tahun.
  • Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.
  • Anak syarikat Samsung, Samsung Engineering and Samsung C&T adalah syarikat yang bertanggungjawab membina salah satu daripada Menara Berkembar Petronas.
  • Anda tentu tersentuh melihat filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Ibu Mertuaku yang menyaksikan beliau membawa watak seorang pemain saksofon. Allahyarham sememangnya beruntung kerana dikurniakan bakat bermain pelbagai jenis alat muzik. Tapi tahukah anda, dalam bermacam-macam alat muzik yang beliau mahir, P. Ramlee sebenarnya tidak tahu bermain saksofon!
  • Allahyarham Tan Sri P Ramlee pernah menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!
  • Profesor termuda ialah Dr. Othman Yong dari Terengganu. Dia bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Profesor Pentadbiran Perniagaan. Dilantik sebagai profesor pada 1 Julai 1994 pada usia 32 tahun.
  • Datuk Siti Norma Yaakob merupakan Hakim Wanita Pertama. Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994.
  • Peguam buta pertama ialah Mah Hassan Omar. Beliau memperoleh ijazah undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1986.
  • Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pula merupakan Hakim Termuda pernah dilantik di negara ini. Baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Julai 1965 pada usia 37 tahun.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...