Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 02, 2013

PRU13 - Mengapa PAS perlu tinggalkan Pakatan sekarang?




Oleh Abu Hassan Adam

[ULASAN] Akhirnya ulama PAS pun bersuara. Setelah sekian lama menimbang dan menghadam tuntutan akar umbi supaya menjarakkan diri daripada subahat dengan DAP dan PKR yang tidak mesra Islam, ulama PAS kini bersedia bermufaraqah dengan mereka.
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, ahli PAS boleh membantu proses membuat keputusan besar ini dalam muktamar yang akan datang. Yang pastinya ini akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad ini.

Meskipun umum tahu bahawa kenyataan Datuk Harun itu adalah satu ikhtiar untuk meredakan kemarahan penyokong-penyokong PAS terhadap DAP yang mulai menunjukkan rasa kurang hormat terhadap PAS sejak kebelakangan ini, namun sekurang-kurangnya ini merintis jalan ke arah fasakh politik.

Janji Harun Taib

Harun Taib kini telah mengikat dirinya dengan janji kepada ahli dan penyokong PAS bahawa ketidaktenteraman PAS dengan PKR dan DAP ini akan segera berakhir. Dan, kenyataan dari mulut seorang ketua ulama adalah lebih daripada janji orang biasa.

Sepertimana ahli dan penyokong PAS meyakini bahawa ulama adalah warisatul anbiya’, mereka juga percaya tokoh agama seperti Datuk Harun akan mengotakan janjinya untuk memberi peluang kepada mereka menentukan halatuju PAS.

Kali ini, PAS berikrar untuk menghalusi dimensi agama dan akidah dalam hubungannya dengan parti rasis itu. Harun memang tiada pilihan selain memberi perhatian serius akan kemungkinan itu kerana desakan ahli dan penyokong PAS adalah berdasarkan gejolak iman dan akidah mereka.

Ahli PAS sudah tidak dapat membendung runtunan amarah mereka melihat PAS dipersenda dan diremehkan oleh PKR dan DAP. Sejak bergabung dengan kedua-dua parti itu, ahli-ahli PAS memang kurang tenang kerana banyak perjuangan teras PAS dikesampingkan.

PKR dan DAP ketepikan soal menubuhkan negara Islam

Soal menubuhkan negara Islam, hukum hudud dan peraturan berhubung tatakrama sosial Islam yang diidamkan penyokong dan ahli PAS langsung diketepikan oleh DAP dan PKR atas nama kebebasan bersuara.

Malah peraturan sosial seperti perhubungan mengawal pergaulan bebas priayi dan wanita yang dilembagakan PAS dalam pentadbirannya sejak lebih 20 tahun lalu di Kelantan pun dirungkai dan diperlecehkan.

Ahli dan penyokong PAS dibelit kerisauan kerjasama dengan DAP dan PKR akan membawa PAS kepada keadaan “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Lebih sedih lagi ialah jika arang itu akan diconteng di muka ulama-ulama PAS jika terlalu ghairah pada permainan politik.

Kenyataan DAP menduga kesabaran PAS

Paling menduga kesabaran ialah bila Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez mengeluarkan kenyataan supaya orang bukan muslim jangan mengundi calon-calon PAS. Ini disusuli oleh seruan yang sama dari seorang pemimpin DAP Kedah.

Alasan yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin DAP ini ialah PAS tidak boleh dipercayai. Ini melukakan hati ahli, penyokong dan pemimpin PAS. Maka apabila wibawa dan integriti perjuangan dan keikhlasan perjuangannya dipersoalkan, PAS tidak boleh berdiam diri. Pilihan yang ada ialah keluar dari pakatan pembangkang.

Sementara itu, ahli-ahli PAS juga peka bahawa PKR pun tidaklah begitu ikhlas bekerjasama dengannya. Isu penting seperti siapa akan dilantik mengisi kerusi perdana menteri jika pembangkang menang Ahad ini telah dipolitikkan oleh PKR bagi memberi kelebihan kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambung Baca




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...