Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, June 27, 2013

Kerja Keras Tingkat Mutu Pengangkutan Awam Diiktiraf Yang Dipertuan Agong



Kesungguhan dan komitmen Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi menerima pengiktirafan apabila terkini, suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar itu telah menerima pujian daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim.

Di Dalam titahnya pada mesyuarat pertama Penggal ke-13 Dewan Rakyat, Tuanku Abdul Halim berpendapat bahawa kewujudan pelbagai projek pembangunan dan inisiatif baru berhubung sistem pengangkutan awam darat negara sejak kebelakangan ini adalah manifestasi kepada kesungguhan kerajaan terutamanya SPAD di dalam melaksanakan tanggungjawabnya memberikan keselesaan kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan ujar Baginda, sememangnya komited dalam menjadikan sistem pengangkutan awam lebih efisien untuk keselesaan rakyat yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan inisiatif, antaranya seperti pembinaan Aliran Transit Massa (MRT), ekonomi negara ujar Baginda berpotensi untuk menjadi semakin berkembang.

Untuk rekod, MRT yang terdiri daripada dua fasa dijangka siap dibina sekitar penghujung 2016 di mana apabila siap kelak, ia bakal menjadi medium pengangkutan utama sejumlah 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang.

Jika sebelum ini SPAD telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa iaitu di Geneva (klik untuk imbasan), pujian daripada Yang Dipertuan Agong ini mengukuhkan lagi kenyataan di mana suruhanjaya ini sememangnya telah berusaha keras di dalam memberikan yang terbaik di dalam khidmatnya.

Ternyata suruhanjaya yang dipimpin oleh Tan Sri Syed Hamid ini telah berjaya memacu transformasi pengangkutan awam darat selari dengan kehendak dan keperluan semasa rakyat negara ini.

Tahniah diucapkan kepada seluruh team SPAD!! Diharapkan kecemerlangan ini tidak terhenti setakat di sini sahaja sebaliknya akan terus menuju ke arah kecemerlangan dan pencapaian yang lebih membanggakan di masa hadapan.

Adios!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...