Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, March 02, 2013

Insiden Lahad Datu Bukti Kerajaan Tidak Islamik?





Tanggal 1 Mac 2013 menyaksikan negara dilanda satu lagi detik hitam yang pastinya akan terus terpahat dalam memori kita (lebih-lebih lagi jika ada usaha untuk politikkannya) di mana dilaporkan 14 orang telah terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu, Sabah di antara pasukan keselamatan kita dengan penceroboh Sulu.

Terkenal dengan sikap ‘prihatin’ mereka, maka ramailah rakyat Malaysia tampil dengan pelbagai pendapat dan teori susulan daripada tersebarnya berita dukacita tersebut yang mula panas sekitar selepas solat Jumaat.

‘Turut tak nak ketinggalan menunjukkan rasa prihatin’, Ketam sempat juga usha reaksi-reaksi yang ‘diekspresikan’ oleh saudara-saudara sewarga menerusi facebook, twitter, blog dan juga waktu borak-borak dengan member. Pemerhatian Ketam mendapati terdapat ramai yang menyalahkan kerajaan kerana terlampau berlembut dan berlengah di dalam bertindak sehingga mengakibatkan terbunuhnya beberapa orang anggota keselamatan (wira negara) kita. Itu pendapat kebanyakan mereka dan Ketam hormat pendapat tersebut.

Ketam secara peribadi mempunyai pendapat (‘konspirasi’?) sendiri tentang rasional kerajaan ‘memberi muka’ terhadap puak Sulu itu. Tapi rasanya tak yah mention dalam posting ni kot pasal orang bukan nak tau sangat pon pendapat Ketam..kekeke..

Tapi Ketam tertarik sangat nak ulas soal menyalahkan kerajaan kerana lambat bertindak terhadap penceroboh-penceroboh itu. Jika (‘jika’) difikir sudut rasionalnya, atau sudut Melayu cepat melatahnya, logik juga persoalan yang dibangkitkan. ‘Sepatutnya tak sampai sejam diorang touch down kat Lahad Datu je kerajaan da sapu bersih da diorang ni’ (ni Ketam menambah ek..korang jangan ngada nak salah faham :p). Ya..benar ada rasionalnya kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara! ‘Tak guna kerajaan ni terhegeh-hegeh! Sudahlah kedaulatan agama tidak dibela, ni soal kedaulatan negara pon dipandang ringan!” (Ketam menambah gak..nak sedapkan cerita :p)

Tapi cuba kita fikir rasionalnya pula kerajaan yang ‘menjunjung Perlembagaan kafir’ bak kata tuuuuutt (nama disensor) ini bertangguh-tangguh sebelum menggunakan kekerasan. Pada Ketam, banyak perkara harus dipertimbangkan kerajaan sebelum memutuskan untuk menggunakan kekerasan terhadap puak Sulu ini seperti hubungan diplomatik dengan Filipina atau keselamatan warga Lahad Datu. Selain itu, walaupun ‘tidak mengamalkan gaya hidup Islam’ bak kata tok guru-tok guru ‘itu’, tetapi pemimpin kerajaan turut mempertimbangkan yang puak-puak Sulu ini adalah saudara seislam tok guru-tok guru ini tadi. Bab agama Ketam malas nak ulas panjang takut memandai-mandai pulak nanti.

Tapi soal pendekatan menunggu yang dijadikan point menyalahkan kerajaan ini jika kita imbas sejarah peperangan Islam yang dipimpin oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW seperti dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW juga menggunakan taktik menunggu ini di mana hasilnya tentera yang dipimpin baginda telah memenangi perang tersebut. (Tak nak ulas panjang jugak, nanti ada yang pertikai layak ke tak pulak Ketam cakap berdasar agama..Sekadar nak kongsi pandangan je).

Dan melihat dalam konteks Islam juga, bukankah musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

Dan mengikuti perkembangan isu ini, Ketam dapati unsur-unsur Islam itu sebenarnya banyak yang telah diterapkan anggota keselamatan kita sepanjang berhadapan pencerobohan ini (tadi beria Ketam kata tak nak relate agama :p).

Satu contoh mudah ek Ketam bagi, ramai pertikai kenapa PDRM yang handle bukannya ATM..Itu Ketam tak nak cakap banyak pasal Ketam percaya ada pertimbangan kukuh di sebalik ketetapan itu tapi tahukah anda bahawa formasi ‘wira-wira’ kita di Lahad Datu itu adalah berdasarkan formasi lapisan/barisan. *Ketam pon baru tau actually hasil usha-usha internet*

Dalam mengepung kedudukan puak Sulu, anggota-anggota PDRM telah diletakkan di barisan pertama/hadapan manakala anggota-anggota ATM pula di barisan kedua dan berperanan untuk memberikan sokongan/bantuan kepada pihak PDRM. Mengetahui perihal ini lantas membuat Ketam teringat pengajaran Ustazah time sekolah dulu (form berapa tak ingat) tentang Perang Uhud yang menyaksikan Rasulullah SAW telah menyusun tentera Islam berdasarkan sistem berbaris atau al-saf yang menyaksikan mereka hampir memenangi peperangan tersebut sebelum akhirnya tumpas akibat ingkar terhadap arahan nabi.

Bukanlah berniat nak bagi kuliah Subuh ke apa..just kongsi pandangan je kot. Takpe kalau nak persetankan je (emosi di pagi hari :p)..Tapi Ketam tertarik dengan satu artikel ni yang ada jugaklah kupas insiden Lahad Datu ni dalam konteks Islam. Artikel tu dipublishkan dekat blog kat link bawah tu yang ciloknya dari facebook..(saja bagi ayat pening :p)..Sudi-sudikanlah klik untuk usha..Kalau rezeki boleh dikongsi bersama, takkan ilmu/maklumat nak kedekut kan..Hehehe..

Blog Jendela Maya - Tentera Sulu Penceroboh #LahadDatu... Patutkah Mereka Diperangi??

Azan Subuh pon da nak berkumandang..so sebelum Ketam disolatkan ada baiknya Ketam stop tulis posting ni and get ready for Subuh..adios!

*al-fatihah untuk saudara kita yang terkorban dalam pertempuran semalam



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...