Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, May 02, 2013

PRU13: Hadi arah calon PAS sumpah laknat





Oleh Aidil Syukri Hamzah

Calon-calon PAS yang diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diwajibkan untuk bersumpah laknat sebagai syarat bagi menggelakkan berlakunya pengkhianatan, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tiap-tiap orang calon yang bertanding ini ada sumpah dia. Percayalah, orang Islam percaya pada sumpah...percaya pada ikrar ini. Kerana kita tahu jadi wakil rakyat, jadi menteri, jadi kerajaan, ada dosa pahala.

“Oleh kerana itulah tiap-tiap orang calon kita yang bertanding ini, termasuklah saya sendiri, calon Parlimen, calon DUN yang bertanding ini daripada PAS, diminta berbaiah dan bersumpah.
 
“Wallahi, wabillahi, watallahi, sekiranya kami dicalonkan jadi wakil rakyat, kami tidak akan khianat kepada perjuangan, tak khianat amanah menegakkkan Islam. Kalau khianat dilaknat oleh Allah, dilaknat semua yang melaknat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Dataran Pantai Irama, semalam.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008, Hadi menegaskan perbuatan sumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.

Pada sekitar Mac 2011, beliau sekali lagi tampil membela Anwar yang berhadapan pendedahan video seks dengan perempuan Cina dengan mendakwa hanya Mahkamah Syariah yang boleh memutuskan sumpah terhadap orang Islam.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan akan bersumpah laknat di Masjid Ruslia, Terengganu selepas sembahyang Jumaat esok bagi menafikan lelaki dalam video seks yang dipalitkan dengannya.

Beliau dituduh sebagai lelaki dalam rakaman video yang dimuat naik dalam internet melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di bilik sebuah hotel.



Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...