Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, February 23, 2013

Jangan Perjudi Nasib Islam, Undi Pembangkang Bakal Rosakkan Akidah Umat - Najib

 
Perdana Menteri menggesa rakyat untuk tidak memperjudikan martabat dan maruah Islam dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum nanti.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptama Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu menyifatkan satu undi yang diberikan kepada pembangkang bakal merosakkan akidah dan membuka ruang kepada penindasan terhadap umat Islam.
Beliau berkata pemimpin pembangkang sewenang-wenangnya memperlekehkan agama Islam dengan kenyataan yang menyinggung umat majoriti itu, namun PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam "hanya melutut kepada DAP".

"Kesimpulannya, satu undi untuk PKR adalah satu undi yang membawa kepada kerosakkan akidah. Satu undi kepada PAS, satu undi kepada perpecahan umat Islam. Kita tidak lupa amanat Hadi, belum tarik balik. Satu undi untuk DAP, satu undi kepada penindasan umat Islam.

"Satu undi kepada BN, kearah selamatkan akidah, pembelaan bangsa, satu undi kepada BN, masa depan yang lebih baik," kata beliau dalam ucaptamanya sebentar tadi.

Najib mengulas ulama terulung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih berkrompomi dengan sikap Pengerusi DAP Karpal Singh yang secara jelas menolak Islam di negara ini.

PAS jangan hina rakyat jika tidak mampu

Najib turut membidas pimpinan PAS yang memperkecilkan penerima-penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan menyamakan mereka dengan ‘ayam makan dedak’.

Dalam keadaan tiada sebarang sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban rakyat, Nik Aziz ujar beliau tergamak menghina rakyat dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Kenyataan Nik Aziz itu kata Najib seolah-olah memperkecilkan amanah yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berlandaskan Islam, yang kononnya diperjuangkan bermati-matian oleh PAS.

“Kalau tidak buat apa-apa, jangan hina rakyat. Kata rakyat dapat bantuan BR1M macam ayam makan dedak. Kalau tak mahu bantu rakyat tidak mengapa, tapi jangan hina rakyat.

"Apa yang kita buat bukan atas keperihatinan kita, tapi itu merupakan amanah kerajaan mengikut Islam,” katanya lagi.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan BN secara konsisten memberi faedah langsung kepada rakyat melalui program-program bantuan tunai dan diskaun dengan pendekatan mendahulukan rakyat.

Katanya lebih dari lima juta isi keluarga di negara ini menerima faedah melalui BR1M pertama dan kedua termasuk orang muda, malahan keutamaan turut diberikan kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah termasuk penuntut universiti dengan menyediakan wang tunai dan baucer buku.

Justeru Najib berkata kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan dasar transformasi ekonomi sehingga membawa kepada pertumbuhan 6.4 peratus suku terakhir tahun 2012.

"Kita telah membentangkan kepada rakyat, kerajaan hari ini mampu membuat sesuatu, bukan sekadar bercakap, kalau kita mahu membangunkan syiar Islam, tidak boleh bercakap sahaja. Tetapi mesti membuat sesuatu. Mampu merancang, mampu laksana, itulah kerajaan Barisan Nasional," ujar beliau di hadapan lebih 20,000 pengunjung yang hadir.


Dipetik dari Antarapos




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...