Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, March 19, 2013

Dosa dan pahala: Nik Aziz hanya sembang politik?







Oleh Zainal Salleh

Adalah amat diharapkan bahawa kenyataan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung Umno hanya meniru jenama PAS dalam soal hak bercakap soal pahala dan dosa hanya satu kenyataan politik.

Jika benar demikian maka umat Islam akan terhindar dari kekeliruan berhubung di mana sempadan iman dan kufur. Dalam politik, hujah yang digunakan lazimnya bersandarkan isu dan logik semasa. Soal fiqh dan syarak memang amat kurang diperhatikan.

Memang dimaklumi bahawa Nik Aziz membuat kenyataan begitu sebagai memberi reaksi kepada saingan politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggariskan tujuh dosa besar yang dilakukan oleh PAS dan PKR. Dosa-dosa berkenaan adalah mengikut hukum dan amalan politik lazim dan bukan agama.

Penegasan ini perlu dipastikan kerana jika tidak umat Islam-Melayu mungkin akan terjebak dalam satu lagi pusingan takfir yang amat parah dan memecahbelahkan. Apabila berbaur hujah politik dengan agama, umat kedua-dua belahan politik mungkin boleh terjerumus dalam kesesatan.

Sebelum ini PAS hukum Umno kafir. Bukan sekali bahkan berkali-kali. Yang tersohor ialah apabila Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 April 1981 berhujah di Kampung Banggol Peradong, Terengganu apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi.

Istilah agama milik mutlak PAS ?
Yang dikhuatiri kini PAS meningkatkan “kealimannya” setakuk lagi dan cuba membolot penggunaan istilah agama (malah penghakiman soal syariat Islam sendiri) untuk menjadi hak mutlaknya. Pihak lain tidak berhak bercakap tentang dosa dan pahala.

Kali ini Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menghukum demikian. Katanya, tidak boleh Umno dan pemimpinnya menyebut soal dosa dan pahala kerana Umno adalah parti yang tidak memperjuangkan Islam.

Secara mudah dan ringkasnya, oleh kerana Umno bukan parti Islam tetapi sebaliknya bersifat assabiyah atau mengutamakan soal memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bangsanya, ia tidak berhak menggunakan istilah dan kaedah pahala dan dosa mengukur amalan orang lain.

Kata beliau jika Umno menggunakan istilah dan kaedah pahala dan dosa, maka ia hanya meniru perjuangan PAS. Astaghfirullah. Nik Aziz berbicara seolah-olah beliau dan PAS sudah tahu siapa ahli syurga dan siapa pula ahli neraka!

Sikap ini boleh dianggap sebagai menunjukkan bahawa beliau hanya berpandu pada ego peribadinya sendiri dan atau mungkin berpaut kepada keangkuhan “ilmu agama partinya” hingga tidak segan silu mahu memintas kuasa dan kudrat Allah s.w.t.

Nik Aziz tuduh Najib meniru PAS

Ini bukan fitnah. Wadah rasmi PAS, Harakah Daily.net sendiri melaporkan pada Ahad, 17 Mac lalu bahawa:

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut soal dosa pahala sebagai meniru untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti (Umno) yang memperjuangkan kebangsaan.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu dibuat Najib hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan.

"Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.

"Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,' katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Sabtu lalu.

Beliau mengulas kenyataan Najib yang juga presiden Umno di Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat lepas.

Najib dalam ucapannya antara lain menghukum tujuh dosa besar PAS terhadap rakyat dan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi.

"Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar," katanya.

Umno BN tidak layak bercakap soal dosa pahala ?

Soalnya, di Malaysia, berapa banyak masjid yang sudah dibina oleh PAS?  Berapa banyak pula amalan muamalat seperti perbankan Islam, takaful, sistem pendidikan Islam yang dilakar dan amalkan untuk kepentingan umat?


Selebihnya




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...