Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, May 29, 2013

Menarik Mengenai Demokrasi Malar Hijau Malaysia




Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 telahpun berlangsung 5 Mei yang lalu. Namun begitu perbincangan mengenai pilihan raya itu masih lagi hangat diperkatakan oleh kebanyakan rakyat di negara ini. Makanya layaklah PRU13 ini diberi gelaran ‘ibu segala pilihanraya’ di Malaysia ini.

Dan beberapa hari yang lepas Ketam ada publish posting mengenai perkara-perkara yang mustahil diberikan perhatian oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di dalam menyelewengkan fakta kepada rakyat. Klik untuk membaca posting tersebut.

Sebagai kesinambungan kepada artikel tersebut, Ketam bercadang untuk mengadakan siri posting-posting himpunan perkara-perkara yang ‘tak patut kita tak tahu’ tentang PRU13. Dan untuk permulaan kepada kesinambungan itu, Ketam rasa elok kita mula dengan yang ringan-ringan dulu..kira orang kata ‘teaser’ lah..hehe..

Untuk itu, posting kali ini Ketam kumpulkan fakta-fakta yang dirasakan menarik tentang latar belakang pilihan raya di Malaysia sejak dari pertama kali sistem demokrasi ini dilaksanakan. Lets jom!

Info Ringkas Menarik Pilihanraya Malaysia Yang Perlu Kita Tahu:

  • Dalam pilihan raya umum pada Julai 1955 Parti Perikatan, iaitu gabungan UMNO, MCA dan MIC berjaya memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang telah dipertandingkan.
  • Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Pertama diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 11 September 1959. Dewan Rakyat dengan 104 orang ahli yang dipilih rakyat mula bersidang buat pertama kalinya pada hari itu.
  • Dewan Negara yang mengandungi 38 orang ahli yang dilantik juga bersidang pada hari yang sama. Pada hari bersejarah itu bermulalah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di tanah air yang merdeka.
  • Tun Fatimah Hashim (Allahyarhamah) merupakan ahli Parlimen wanita pertama di Malaysia setelah memenangi pilihanraya 1959 di kerusi Jitra - Padang Terap. Pernah menjadi Ketua Kaum Ibu (kemudiannya ditukar kepada Wanita Umno) selama 16 tahun iaitu sehingga 1972.
  • Tan Sri Lee Lam Thye pada tahun 1969 telah bertanding atas tiket DAP pada usia 22 tahun. Sementara Datuk Seri Najib Tun Razak telah menang tanpa bertanding di Pekan pada tahun 1976, juga pada usia 22 tahun menjadikan mereka sebagai calon termuda pilihanraya.
  • Tun Ghafar Baba adalah satu-satunya calon yang sentiasa memenangi semua kerusi yang ditandingi. Beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada tahun 1955 dan 1964. Pada tahun 1969, beliau mula bertanding kerusi parlimen sehingga bersara daripada politik.
  • Tengku Razaleigh Hamzah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama Sembilan penggal. PRU-13 merupakan penyertaan yang ke-10 beliau yang bermula dengan memenangi kerusi Parlimen Kelantan Barat pada PRU 1974.
  • Datuk Seri Shahrir Samad merupakan pemegang rekod menerima majoriti undi paling banyak, iaitu sebanyak 54,073 undi pada PRU 2004 bagi kerusi Parlimen Johor Bahru.
  • Calon bebas, Yusof Nasir pula mencatat rekod sebagai calon yang memperolehi undi paling sedikit, iaitu sebanyak 9 undi dalam pertandingan merebut kerusi DUN Sukau, Sabah pada PRU 2008.
  • Tempoh kempen pilihanraya paling pendek atau singkat yang pernah dicatatkan ialah ketika PRU11 pada tahun 2004, apabila tarikh penamaan calon dan mengundi ditetapkan pada 13 dan 21 Mac 2004. Tempoh berkempen hanyalah selama 8 hari sahaja.
  • Kawasan Parlimen Kapar di Selangor memiliki bilangan pengundi paling ramai, iaitu seramai 112,224. Jumlah ini hampir menyamai jumlah pengundi di Perlis, iaitu seramai 120,081 orang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...