Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, May 29, 2013

Level Baru Microsoft vs Sony




Haish..Menggoda! Tergoda! Goda-goda! Ok sebelum apa-apa, sedikit info. Sekitar minggu lepas Microsoft telah mengumumkan secara rasmi produk konsul terbarunya, Xbox One pada satu majlis di ibu pejabat Microsoft Corp. di Redmond, Washington.

Merupakan generasi yang kelapan, konsol permainan video ini bakal meneruskan persaingan hebat dengan musuh tradisinya, Sony Playstation 4 yang akan mula dijual musim cuti persekolahan hujung tahun ini di Malaysia dan Nintendo Wii.
Ketika majlis pelancarannya, Xbox One diisytiharkan Microsoft sebagai berkali-kali ganda 'powerful' berbanding 'abangnya', Xbox 360.

Sementara syarikat gergasi Jepun, Sony pula ketika mengumumkan pelancaran PS4 awal tahun lalu memberi jaminan yang pengguna akan merasakan ia sebagai 'pusat utama untuk permainan video'.

Berbanding PS3, ahli keluarga terbaru generasi Play Station ini bercirikan pengenalan cip pemprosesan X86 lapan teras, memori 8 gigabytes GDR5 dan juga alat kawalan jauh khas selain pengguna boleh berkongsi sesi permainan mereka dengan rakan-rakan dan meminta bantuan rakan sekiranya tidak melepasi suatu peringkat.

Ha..So nilah yang menggoda-goda sangat-sangat-sangat-sangat ni..Haish..Confuse dah ni! Xbox One ke, PS4 ke, kawen? Eh! :p



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...