Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, May 29, 2013

Jangan Bimbang Ancaman Demo Jalanan, Anjur Himpunan Nak Sedapkan Jiwa Yang Meroyan Tak Boleh Terima Kenyataan Je…




Saat demi saat, detik demi detik, hari demi hari..Semakin jauh kita meninggalkan tarikh 5 Mei 2013, maka semakin menjadi-jadi dapat kita lihat ‘simptom’ meroyan puak-puak Pakatan Rakyat yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu. Seiring itu juga, pelbagai dakwaan yang tidak terbukti kebenarannya ditampilkan oleh puak-puak meroyan ini yang diketuai oleh ‘Perdana Menteri berkali-kali tak jadi’, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sejak daripada pengumuman rasmi keputusan PRU13 ini dibuat, sehinggalah ke saat ini, bahkan tak pelik kalau membawa sampai 7 keturunan, tak habis-habis mereka ‘mengumpat’ Barisan Nasional yang telah sekali lagi diberikan kepercayaan oleh rakyat Malaysia pada pilihanraya lalu untuk terus diberikan mandat mentadbir negara di peringkat persekutuan bagi meneruskan agenda-agenda transformasinya.

Isu standard yang ‘diumpat’ puak ini adalah kononnya telah berlaku begitu banyak penyelewengan dalam proses pilihanraya. Daftar pemilih tak bersih, dakwat kekal tak kekal, import beribu-ribu bangla jadi pengundi hantu, undi dua kali dan blackout adalah antara perkara berkaitan penyelewengan pilihanraya yang dibangkitkan puak ini kepada taksuban-taksuban yang buta hati, terima bulat-bulat apa yang pemimpin mereka katakan.

Agresifnya puak-puak ini di dalam menolak keputusan PRU13 yang lalu sehingga telah menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat akan tercetusnya kehuru-haraan. Apatah lagi sejak berakhirnya PRU13 hingga kini, dalam tempoh sesingkat ini, sudah berderet himpunan dianjurkan puak tak dapat terima hakikat ini yang dimulakan di Kelana Jaya.

Dengan bertujuan kononnya sebagai medan taksuban-taksuban mereka mengekspresikan ‘kemarahan’ dan rasa ‘dukacita’ mereka terhadap sistem demokrasi di negara ini yang dikatakan korup, pemerhatian Ketam di beberapa lokasi perhimpunan puak ini mendapati sebenarnya baik puak-puak ini, ataupun taksuban-taksuban, masing-masing celaru sebenarnya. Celaru ataupun lebih tepat sebenarnya keliru akan maksud perkataan ‘dukacita’ dan ‘marah’ dengan perkataan-perkataan ‘konsert’, ‘gembira’, ‘ceria’, ‘hasut’, ‘meroyan’.

Ok pertamanya kita lihat dari sudut puak-puak meroyan..digambarkan kononnya sistem demokrasi di negara ini layu, busuk dan korup untuk membangkitkan sentimen taksuban mereka. Dan kalau dah nama taksuban, apa sahaja dikata puak meroyan akan dianggap firman. Maka berduyun ramai pergi himpunan. Dan puak meroyan pun suka hatilah ramai datang boleh teruskan rancangan. Seorang demi seorang meroyan menghasut taksuban bangkit kemarahan dengan harapan akan turun ke jalan. Itu pertama..

Kedua dari sudut kebarangkalian berlakunya KL Spring berdasarkan ‘sifat’ taksuban yang datang perhimpunan. Jangan lupa, tujuan himpunan untuk ekspresikan ‘dukacita’ dan ‘kemarahan’..Geng-geng taksuban ini punya respon/gelagat/reaksi kala puak meroyan hambur hasutan ialah i) tiup vuvuzela ii) jerit ‘yeah’, ‘wohoo’, ‘wah’, ‘ergh’ (:p), dan lain-lain iii) update status fb, upload gambar dengan caption ‘ini kalilah’ iv) kencing tepi highway LDP (jalan jem kan :p) v) dan segala yang tiada langsung elemen ‘marah’ + ‘dukacita'

Dan himpunan konon-konon marah ini dilengkapkan dengan alunan ‘zikir-zikir pilihan’ seperti ‘I Will Survive’ - Gloria Gaynor dan ‘Its My Life’ – Bon Jovi di pengakhirannya. So apa mesej kau Ketam? Aiyoo..lagi mau explain…Himpunan konon yang dikata perjuangan ni sebenarnya buang masa sangat-sangat. Tak ubah macam konsert funfair atau ‘port’ lepak-lepak buang masa malam minggu je. Semua muka ceria, happy, gembira, ‘bahagia’ je di kalangan taksuban-taksuban yang datang. Tak percaya? Cuba pi tengok sekarang jugak gambar fb kawan-kawan korang yang pi mana-mana himpunan blackout anjuran puak meroyan ni. Kita bet burger bakar amacam. Berani?

Puak meroyan pon sikit lebih kurang jugak..muka tak berapa nak ada kemarahan. Yang Ketam perasan lah kan, hanya sorang je insan yang terpancar riak kemarahan..siapa? Lagi tanya, mestilah ‘ANUgerah tuhan’! Menepati gelaran yang diberikan kepadanya iaitu ‘raja drama’, Ketam dapati Anwar Ibrahim ‘begitu menghayati’ ‘babak’ marah ini. Beliau sudah mula ‘in character’, bengis, sejak dari melangkah keluar pintu jamban sebelum gerak himpunan lagi khabarnya. Sungguh dedikasi dia ni.

Jadinya apa yang dapat kita simpulkan dari cerita tak berapa nak marah ni? Dari apa yang dapat dilihat setakat ini, Ketam ulang, setakat ini, ‘revolusi’ yang dikatakan diusahakan puak Pakatan ni iaitu KL Spring, Ketam rasa setakat suam-suam kuku je kalau betul-betul terjadi pun. Ketam tak rasa puak-puak taksuban yang hadir mana-mana perhimpunan itu betul-betul menjiwai semangat revolusi seperti yang dapat kita saksikan di negara-negara Timur Tengah. Dah tu nak revolusi apa kalau pi himpunan macam pi konsert.

Alasannya mudah kenapa mereka gagal untuk menjiwai semangat revolusi itu. Ini kerana puak-puak ini sebenarnya cukup selesa..tiada kekurangan langsung baik dari aspek yang paling asas hinggalah ke serumit-rumit aspek. Tidak ada penindasan, penindasan keterlaluan, menekan rakyat, menghalang kebebasan, rakyat hidup melarat dan sebagainya. Hidup di Malaysia ini cukup aman, selesa, damai sekali. Cumanya mereka ini tak berapa nak bersyukur..itu sahaja. Nak pulak ada geng-geng meroyan datang hasut..

Untuk itu sahabat taulan, saudara-mara, adik-kakak, abang sekalian, jangan bimbanglah..Ketam percaya agenda revolusi puak meroyan ini tak ke mana. Takda aura..orang Malaysia ni cerdik, tahu nak bezakan mana yang betul dan mana yang salah. Dan Ketam yakin kerajaan pastinya bijak di dalam menangani isu ini.

Yang pastinya, sang meroyan akan terus meroyan, meratapi kekalahan. Geng sendiri pun tak setuju turun ke jalanan. Mat Sabu sorang je yang dari PAS rasanya yang setuju. Itu pun ‘Abang Mat’ ni kita tahu Mursyidul Am dia memang Anwar Ibrahim.

Oklah tu..meleret pulak Ketam..Meroyan ke hape? Kekekeke…Adios!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...