Mendapat!!! Ini baru betul mendapat..Apa yang mendapat Ketam? Ini dia..Pastinya ramai dari kalangan kita yang terkejut dengan tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang baru-baru ini tampil ala-ala hero mengaku sudah berjaya 'kencing' baik punya petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan kertas undi kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Terernya mamat ni ditambah lagi dengan sikap jujur, amanah, fatanah, kepala bana dia apabila telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.
Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.
Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas berjaya menanggalkan dakwat kekal.
Dan sejurus mendapat berita tersebut, Ketam yang berasa tercabar dengan penampilan heroic mamat itu selain didorong perasaan dengki yang sinonim dengan orang Melayu jati macam Ketam ni, terus berusaha mendapatkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk mendapatkan reaksi beliau. *Nampak tak gaya bahasa Ketam di situ? :p
Dan kalau dah namanya pon Ketam, mana nak kalah..mestilah bab-bab dengki-mendengki sesama Melayu ni Ketam tak pernah gagal..kekeke..
Menurut Datuk Wan, tindakan mamat itu sebenarnya secara tidak langsung telah mendedahkan yang dirinya telah melanggar dua kesalahan pilihanraya yang nyata iaitu:
- Menipu untuk mengundi dua kali
- Membawa keluar kertas undi secara tidak sah dari tempat mengundi
Selain itu, Datuk Wan turut berpendapat yang pemuda tersebut sebenarnya telah diperalatkan dan menjadi mangsa pihak berkepentingan.
“Budak di Kuantan ini telah diperalatkan. Dan dia ini sudah menjadi mangsa ataupun menjadi orang yang bersalah di bawah akta kesalahan pilihanraya. Bukan saya kata, dia yang membuat aduan polis.
“Polis akan menyiasat sedalam-dalamnya, apabila polis ada kesnya maka polis akan dakwa dia pula yang dia ini sudah menipu hendak mengundi dua kali.
“Dan dia juga telah mengaku sendiri melalui aduan polis itu yang dia telah membawa keluar kertas undi,” serba sedikit penjelasan Datuk Wan.
Menurutnya lagi, Seksyen 3 di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya melarang seseorang pengundi itu untuk mengundi lebih daripada sekali selain tidak boleh sewenang-wenangnya membawa keluar kertas mengundi dari kawasan tempat mengundi tanpa kuasa yang sewajarnya.
Jika disabitkan kesalahan tegas beliau, Mohd Fadhli boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih dari RM5000 atau kedua-duanya sekali.
Adoi..masaklah ko mamat..Ni lah yang orang kata tak habis belajar nak ajar orang pula. Ni Ketam 'bet' mamat ni mesti time sekolah dulu buku peraturan sekolah pun tak khatam ni. Dah kalau gitu, jangan haraplah dia nak ambil berat tentang peraturan-peraturan pilihanraya ye tak..Nasib ko lah brader..
Sementara itu Datuk Wan menjelaskan di pihak SPR pula, suruhanjaya tersebut sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam melakukan penyiasatan berhubung perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment