Oleh Abu Hassan Adam
[ULASAN] Bukan sekali pemimpin-pemimpin PKR Selangor merungut dan memujuk pucuk pimpinan parti supaya mengeluarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kerusi empuk Menteri Besar Selangor.
Pelbagai hujah dikemukakan dalam bentuk minit mesyuarat dan juga petisyen namun tiada langkah konkrit diambil untuk menepis tuntutan dari kalangan pemimpin PKR Selangor itu sendiri.
Namun Khalid yang dikatakan tidak pandai berpolitik oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya adalah seorang pelakon politik yang berbisa pada musuh-musuhnya.
Beliau menggunakan taktik korporat yang dikenali sebagai “hedging” atau memagari dirinya dengan kakitangan yang “sukar hendak diajak bergaduh oleh pemimpin-pemimpin negeri Selangor PKR”.
Dengan melantik wanita sebagai pegawai rapat sekelilingnya, Khalid membuka ruang kepada leftenan-leftenan politik PKR di Selangor untuk merendahkan martabat kepimpinan mereka supaya berbalah dengan wanita yang bukan ahli politik pun.
Diketuai oleh wanita besi seperti Faekah Husin sebagai Setiausaha Politik Khalid yang sering menjadi jurubicaranya, Khalid juga meletakkan Rohani Datuk Talib sebagai Ketua Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan kewangan dan pelaburan MBI.
Bagi menghadapi serangan media, Khalid meletakkan Arfa'eza Abdul Aziz sebagai Setiausaha Akhbarnya. Wanita ini mengawal semua bahan media kerajaan Selangor.
Jika ada rungutan pemimpin PKR Selangor mereka kurang mendapat publisiti, Khalid akan menggunakan Arfa'eza untuk mendebati mereka.
Ini belum mengambil kira setiausaha sulit kanannya, Norzaton Aini Mohd Kassim serta Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman yang terlalu sopan untuk diajak masuk gelanggang politik.
Wanita-wanita besi Khalid dimanfaat sebagai benteng
Maka sesiapa yang tidak puas hati dengan prestasi atau layanan Khalid perlu berhadapan dengan wanita-wanita besinya. Strategi ini sering membunuh selera untuk berdebat dan berbalah dengan Khalid.
Demi menjaga maruah politik mereka, pemimpin-pemimpin PKR ini, termasuk Timbalan Presiden merangkap Ketua Kepimpinan PKR Selangor, Azmin Ali keberatan untuk bersengketa dengan wanita. Maka taktik “hedging” Khalid berjaya memintas serangan politik saingannya.
Lantas apa yang boleh mereka lakukan ialah menghantar memo dan petisyen kepada Anwar Ibrahim supaya Khalid digugurkan.
Malangnya, leftenan-leftenan ini ada tanggungjawab masing-masing sebagai isteri dan bukan ahli politik. Maka mereka tidak ghairah melawat kawasan demi memberi maklum balas rakyat kepada Khalid.
Akibatnya, Khalid menjadi semakin tidak popular di Ijok di mana beliau adalah wakil rakyatnya. Kesibukan Khalid sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pernah menyebabkan Khalid diusir oleh pengundi di Ijok.
Rekod PKR di Pelabuhan Klang buruk
Sebab itu, pimpinan PKR Pusat terpaksa memindahkan Khalid untuk bertanding bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang. Namun Khalid menafsirkan pemindahan itu kerana parti memerlukan seorang pemimpin “heavyweight” di kerusi itu.
Sambung baca
No comments:
Post a Comment