Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, April 14, 2013

Abai kebenaran, PAS lindung si berdosa?






Oleh Abdul Rahman Malik

[ULASAN] Kes video seks yang dikatakan membabitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyerlahkan satu sisi PAS sebagai sebuah “kaum politik” yang berbahaya pada akidah umat Islam.

Gelagat pemimpin-pemimpin PAS cuba mengelakkan nama baiknya tercemar dengan enggan berbuat apa-apa bagi membantu Mustafa membersihkan nama dan maruahnya, amat tidak wajar.

PAS harus mengambil inisiatif untuk membuktikan sebagai sebuah parti politik yang mendakwa bertunjangkan ajaran Islam, ketelusan dan keadilan adalah anutannya dan ia benar-benar mengamalkannya apabila diuji dengan pelbagai cubaan.

Malah, dalam musim pilihan raya ini, PAS harus mengambil kesempatan ini untuk memberi gambaran kepada pengundi bagaimana ia akan memerintah jika diberi mandat oleh rakyat pelbagai kaum dan agama.

PAS harus bijak selesaikan kontroversi video seks pemimpinnya

Masalahnya sehingga kini Mustafa tidak tahu dengan pasti siapa yang cuba menganiayai kerjaya politiknya melalui video seks berkenaan. Yang umum tahu ialah, ada seorang lelaki yang mirip Mustafa melakukan kegiatan seks dalam video berkenaan.

Siapa punya angkara yang memuat naik video itu masih belum jelas. Namun PAS dan pemimpin-pemimpinnya bingkas menuduh itu kerja Umno. Oleh kerana media internet adalah wadah terbuka sesiapa sahaja boleh mengaksesnya.

Di sinilah wibawa PAS dan Mustafa teruji. Seharusnya PAS bertindak bijak dengan menubuhkan sebuah panel penyiasat kesahihan video, terutama lelaki yang dikatakan setiausaha agung PAS itu.

Panel ini mestilah dilantik dari kalangan tokoh PAS dan ulama di luar PAS, profesional dalam bidang videografi dan penerbitan. Melalui cara ini, PAS nampak telus.

Bayangkan bagaimana pandangan pengundi jika panel ini memperakukan bahawa video itu memang direkayasa. Imej dan wibawa PAS akan mencanak naik. Darjah kepercayaan umum terhadap PAS dan Mustafa tentu tinggi. Ini amat membantu dalam pilihan raya ke-13 pada 5 Mei nanti!

Sementara itu secara tertib dan budiman, PAS boleh merehatkan Mustafa sehingga keputusan jawatankuasa khas ini mencapai keputusannya. Malah, adalah lebih baik jika Mustafa sendiri mengumumkan mahu berehat sehingga imejnya sempurna “disamak” daripada fitnah.

Ketika itu barulah siasatan rakyat boleh dilakukan dan siapa penerbit dan yang bertanggungjawab memuat naik video ini boleh dikenal pasti. Ini pasti membantu usaha mencari kebenaran.

Soalnya, apakah yang dikhuatiri oleh PAS untuk berlapang dada? Selagi tiada ketelusan ditunjukkan oleh PAS dalam isu serumit dan sensitif begini, selagi itu umum akan sentiasa mencurigai peribadi Mustafa.

Sepatutnya PAS membantu Mustafa membersihkan nama.
 
Pemimpin PAS bacul, tolak tepi tuduhan tanpa siasatan


Tindakan paling bacul ialah apabila hampir semua barisan pimpinan PAS bersikap dayus dengan cuba mengenepikan dakwaan memeranjatkan begini dengan melontarkan tuduhan pada Umno.

Jika Presiden PAS, menuntut bukti bahawa lelaki dalam video itu adalah Mustafa, kepada siapakah bukti itu sebenarnya hendak dituntut?

Sambung baca





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...