Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, July 05, 2013

SPR tak benarkan RTM siar proses kira undi secara langsung


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) daripada menyiarkan secara langsung proses pengiraan undipada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini tindakan itu bagi memastikan keadilan sama rata turut diberikan kepada media lain yang juga berminat  mahu menyiarkan pengiraan undi secara langsung.

"SPR tidak benarkan RTM berbuat begitu (siaran secara langsung pengiraan undi), jika tidak semua media pun turut mahu buat secara siaran langsung.

"Jadi kita tak benarkan buat begitu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Selain itu, katanya ketika proses pengiraan undi, calon-calon juga mempunyai ejen yang mewakili mereka untuk memantau proses berkenaan.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek melahirkan hasrat mahu berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi secara langsung.

Menurut beliau, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.

"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi nanti sehinggalah keputusan diumumkan, sudah pasti kita akan mencari kaedah terbaik untuk membuat liputan terbaik kepada rakyat," katanya.

Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...