Semalam telah berlangsung proses penamaan calon-calon yang bakal bertanding samada mewakili parti mahupun sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Menariknya proses yang berlangsung secara serentak di seluruh negara itu adalah apabila terdapat satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal menyaksikan pertandingan sesama sendiri calon-calon parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR dan PAS.
Berikut adalah senarai kerusi-kerusi tersebut:
Parlimen Labuan
PKR - Ibrahim Menudin vs PAS - Hadnan Mohamad vs BN - Rosman Isli
DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang)
PKR - Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) vs PAS - Mohd Yusni Mat Piah vs BN - Datuk Mahmud Zakaria
DUN Kota Damansara (Selangor)
PAS - Ridzuan Ismail vs PSM (tiket PKR) - Dr Mohd Nasir Hashim vs BN - Halimaton Saadiah Bohan + tiga Bebas
DUN Panti (Johor)
BN - Baderi Dasuki vs PAS - Azlisham Azahar vs PKR - Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR).
DUN Bukit Besi (Terengganu)
PAS - Roslan Ismail vs PKR - Mohd Shamsul Mat Amin vs BN - Roslee Daud.
DUN Kota Putera (Terengganu)
PAS - Adam Mat Said vs PKR - Mohamed Abdul Ghani Ibrahim vs BN - Mohd Mahdi Musa.
DUN Seberang Takir (Terengganu)
PAS - Zakaria Dagang vs PKR - Ahmad Nazri Mohd Yusoh vs BN - Ahmad Razif Abd Rahman
No comments:
Post a Comment