Tarikh 3 April pastinya akan terus dikenang sebagai salah satu tarikh penting dalam lipatan sejarah negara buat beberapa tempoh yang mendatang terutama sekali yang membabitkan perihal ‘Tsunami Politik’ dan juga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ini kerana pada tarikh keramat tersebut, 3 April 2009, rakyat Malaysia telah meraikan pelantikan Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mewarisi tampuk pemerintahan daripada Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dan genap empat tahun kemudian, 3 April 2013, Perdana Menteri ‘gentleman’ ini telah mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia bagi memberi laluan kepada PRU13 diadakan melalui ucapan yang dibuat secara langsung di RTM setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Sehubungan dengan itu baginda telah memperkenankan Parlimen ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini.
Pengumuman tersebut sekaligus menamatkan spekulasi yang berlarutan sekian lamanya berhubung pembubaran Parlimen ini yang kita semua sedar, spekulasi ini didalangi oleh pembangkang yang tidak akan berhenti daripada mewujudkan situasi ‘tidak senang’ di kalangan rakyat. Boleh diragui keikhlasan mereka, namun perlu diakui sebenarnya mereka ini begitu licik di dalam mengaburi mata-mata rakyat yang memerhati sehingga begitu ramai yang tewas dengan memberi sokongan padu kepada mereka yang palsu ini.
Dan sejajar dengan pembubaran ini, seperti yang dapat kita lihat dalam tempoh dua hari ini, puak yang terkenal dengan fitnah ini yang kini telah berjaya meyakinkan sesetengah orang bahawasanya mereka di pihak yang benar yang dianiaya dan difitnah, nampaknya telah mengorak langkah dengan mula menagih cerita-cerita sedih meraih simpati betapa teraniaya kononnya mereka dek difitnah pemerintah Barisan Nasional yang zalim.
Langkahan tersebut tidak terhenti di sekadar di situ apabila seiring dengannya, turut maju cerita-cerita fitnah tentang ‘kebobrokan’ pentadbiran BN selama hari mereka menggalas tanggungjawab memimpin negara ini. Dek kelicikan mereka ini di dalam meraih simpati, amat malang sekali apabila ramai umat di negara ini yang rata-ratanya keliru akan kebenaran, telah tumpas dan dipengaruhi minda mereka oleh puak ini.
Nyatanya serangan dilakukan dari pelbagai sudut..dijajanya cerita sedih akan keperibadian pimpinannya yang maha suci itu difitnah oleh Umno/BN. Dalam masa yang sama juga, hampir keseluruhan pimpinan Umno/BN itu diserang begitu hebatnya termasuk ahli keluarga mereka. Apakah itu halal di sisi mereka? Ahli keluarga yang tidak mempunyai kaitan apa-apa dengan politik dijadikan modal serangan mereka..adakah ini tindakan yang lebih mulia dari diserang peribadi individu yang diangkat sebagai bakal pemimpin ulung mereka?
Bicara soal serangan lagi, selama mana Ketam mendedikasikan diri memerhati arena ini, Ketam dapati puak-puak ‘anugerah tuhan’ ini berada dalam keadaan ‘diselubungi aura negatif’ yang tak dapat nak diselamatkan lagi..Sifat busuk hati terlampau menguasai jiwa dan sanubari mereka hingga mengakibatkan setiap tindakan mereka pasti akan diiringi perasaan benci yang begitu tebal sekali. Makanya tidak hairanlah sekiranya seluruh kehidupan mereka didedikasikan untuk mencari kelemahan, kekurangan serta kesilapan pihak tidak sealiran sehingga tiada ruang untuk walau sedikit elemen-elemen kebaikan pihak lawan yang diresapi.

Bicara soal serangan ini juga, selain beberapa isu murahan yang sebenarnya sudah basi tapi terus cuba dilunakkan oleh puak ini, Ketam dapati sektor pengangkutan awam turut tidak ketinggalan daripada menjadi sasaran utama mereka. Nyata sekali taktik murahan itu begitu dekat dengan mereka apabila cuba memanipulasi industri yang menjadi nadi kehidupan hampir keseluruhan rakyat di negara ini di dalam menjalankan kehidupan harian.

Tapi satu yang Ketam respek tentang pentadbiran Najib ialah tidak melayan tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan palsu puak-puak hati busuk ini. Sebaliknya dengan tenang meneruskan kerja-kerja beragendakan kepentingan rakyat sambil tidak mengendahkan semua tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan..Ini satu tindakan yang terpuji..Teruskan khidmat, dan biar rakyat menilai sendiri daripada sibuk berpolitik, tapi habuk pon tak dak..

Adakah semua ini dipandang positif oleh puak pembangkang? Tidak! Mereka tidak akan sesekali mengakui kebaikan kerajaan..Malah baucar tersebut juga dipandang rendah..Ibaratnya hina lah pemandu-pemandu teksi yang menggunakan baucar itu..Begitu rendah sekali martabat pemandu-pemandu teksi ini jika kita amati komentar-komentar yang diutarakan puak pembangkang berkenaannya.
Maka tidak hairan sekiranya kita lihat mereka kini cuba mengalihkan peluru dengan menyerang pula sektor perkhidmatan bas swasta. Cerita gempak baru yang diwar-warkan mereka adalah kononnya sebanyak 130 pengusaha bas swasta berhadapan dengan risiko menghadapi kerugian besar susulan polisi yang diperkenalkan SPAD.

Dakwaan ini, jika dilihat sekali imbas tanpa usul periksa, pastinya golongan cepat melatah akan beranggapan ia sebagai satu kezaliman serius kerajaan. Sebelum terlupa, tuduhan puak pembangkang ini juga dikemuka bersama dengan tawaran..tawaran Pakatan sekiranya mereka menjadi kerajaan persekutuan..janji mereka adalah untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari apa yang diberikan oleh kerajaan melalui SPAD. Makanya, tidak keterlaluanlah sekiranya tuduhan mereka ini yang kononnya mahu membela nasib 6000 pekerja serta 130 pengusaha bas sebenarnya ada udang di sebalik batu..
Apa yang Ketam tak boleh blah ialah puak-puak ini tak henti-henti menghasut masyarakat dan menyorokkan perihal sebenar di sebalik apa yang berlaku. Kerajaan tidak akan begitu mudah mahu menganiaya pengusaha ini..setiap garis panduan yang dikemukakan pastinya ada sebab di sebaliknya yang sudah tentu untuk kebaikan semua pihak..Janganlah dek kealpaan sendiri pihak lain pula cuba dijadikan kambing hitam.
Mengikut dasar yang ditetapkan, pihak kerajaan melalui SPAD telah menetapkan bahawa setiap operator pengangkutan perlu mematuhi syarat syarat yang ditetapkan bagi menjamin kualiti perkhidmatan sebagai penyedia pengangkutan awam.
Ini juga bagi mengelakkan berlakunya pengendali pengangkutan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dari menjalankan operasi secara haram, yang mana bila berlaku sesuatu musibah seperti kemalangan maka tindakan sukar diambil oleh mangsa atau pengguna.
Menuduh kerajaan tidak membantu syarikat pengendali swasta juga adalah tidak benar sama sekali. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk bantu pengusaha bas ini meneruskan perniagaan mereka dan sehingga kini sebanyak RM88juta telah pun digunakan. Jadi dakwaan yang kerajaan tidak membantu adalah semata mahu memburukkan kerajaan dan SPAD semata-mata.
Dana ini telahpun dimanfaatkan beberapa syarikat-syarikat yang bermasalah seperti di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.


Harapnya PRU13 ini para pengundi tidak melakukan kesilapan sekali lagi dengan memberikan puak-puak ini ruang untuk meneruskan penguasaan mereka..Peluang yang diberi 2008 dahulu telah tidak dimanfaatkan sepenuhnya sementara kerajaan BN pula dilihat sudah belajar daripada kesilapan mereka dan pelbagai transformasi telah diusahakan..Semoga segalanya berjalan lancar, itu yang paling penting sekali PRU13 ini..Salam..
No comments:
Post a Comment