Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, April 05, 2013

PRU13 - Sah Yusmadi Digugurkan!!




Yusmadi Yusoff sebentar tadi baru sahaja mengesahkan yang beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Kenyataan tersebut sekaligus menjawab desas-desus yang mengatakan beliau akan digugurkan oleh kepimpinan PKR berdasarkan prestasinya yang kurang memberangsangkan.

Selain itu beliau turut dilihat sebagai 'mesra umno' dan perkara ini sememangnya tidak disenangi oleh beberapa pimpinan tertinggi PKR dan juga Pakatan.

Yusmadi mengumumkan perkara tersebut melalui laman twitternya sebentar tadi.

Beliau yang baru sepenggal menjadi ahli parlimen itu menerusi tweetnya menyatakan bahawa Ketua Umum, Anwar Ibrahim akan mengumumkan siapakah calon yang bakal menggantikannya pada ceramah di Pulau Pinang malam ini.

Petikan Tweet beliau:

“BalikPulau will have a new PKR's candidate for PRU13.Wait for DSAI's announcement in Pg tonite. Tq for everything BalikPulau. Alhamdullillah,”

(Balik Pulau akan ada calon PKR baru untuk PRU13. Tunggu pengumuman DSAI di Pulau Pinang malam ini. Terima kasih untuk segalanya Balik Pulau. Alhamdulillah)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...