Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, April 05, 2013

Nasib Seorang Presiden - Status Azizah Tanding PRU13 Masih Tanda Tanya





Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini enggan mengulas berkenaan status Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama ada beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) atau tidak.

Rata-rata pemimpin yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square enggan membuka mulut, termasuklah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tunggu mesyuarat akhir esok," kata Anwar ringkas.

Antara pemimpin yang menyertai mesyuarat tersebut ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Difahamkan juga pimpinan Pakatan akan mengadakan mesyuarat terakhir bagi memuktamadkan bilangan pembahagian kerusi esok jam 3 petang di Ibu Pejabat PKR.

Anwar ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa, Al-Jazeera semalam berkata Azizah tidak akan bertanding pada PRU kali ini. Beliau berkata demikian setelah diajukan soalan bersabit nepotism dalam PKR.

Anwar tidak mengulas lanjut bersabit kenyataannya itu malah mendakwa keputusan Azizah untuk bertanding di DUN Selangor sebelum ini hanyalah spekulasi. Walhal akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan Azizah sendiri yang mengesahkan beliau akan bertanding pada PRU kali ini.

Umum mengetahui, Anwar adalah Ketua Umum PKR sementara Azizah pula adalah presiden parti dan anak sulung mereka Nurul Izzah pula adalah naib presiden parti.

Dalam pada itu hampir 20 wakil media yang hadir pada sidang media Pakatan Rakyat hari ini hampa apabila gagasan itu mengubah waktu sidang media pada saat-saat akhir sekali gus menafikan hak pemberita untuk membuat laporan.

Esok, difahamkan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat terakhir bersabit pembahagian kerusi antara parti komponen PKR.


Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...