Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, April 07, 2013

PRU13 - Pengangkutan Awam Yang Lebih Cekap Sekiranya BN Berjaya Pertahan Putrajaya




Sebagai sebuah negara yang berkembang maju, sistem pengangkutan awam di Malaysia perlu lebih sistematik dan mempunyai kemajuan daripada segi perkhidmatan, teknologi dan kecekapan.

Justeru Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan', memberi tumpuan khas dalam aspek pengangkutan awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Antara janji BN ialah mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

Selain itu, laluan bas juga akan disusun semula untuk memastikan perkhidmatan lebih cekap dan memudahkan rakyat.

BN juga berjanji untuk memperluaskan sistem rel Transit Pantas Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter, dan membina terminal bas, rel dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

Selain itu BN juga berhasrat meningkatkan jumlah permit teksi individu serta melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi serta memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Kerajaan BN, sejak menerajui Malaysia selama 55 tahun telah berusaha membuat pelbagai pembaharuan dan strategi baharu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini antaranya memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Juga melaksanakan projek MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, komuter, monorel dan rangkaian bas bandar, serta mengembangkan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti tinggi menerusi RapidKL, RapidPenang, dan RapidKuantan.

Kerajaan BN juga telah menyediakan kemudahan pinjaman mudah untuk pengusaha bas antara bandar, bas mini dan bas sekolah menerusi Tabung Pengangkutan Awam berjumlah RM150 juta yang diuruskan oleh Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME Bank).

Selain itu BN juga telah menambah sebanyak 478 buah bas baharu untuk RapidKL dan memperkenalkan enam laluan Transit Bas Ekspres Lebuh Raya untuk mengurangkan masa perjalanan bas-bas awam.


Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...