Bukan Manifesto
- Klau bukan janji, apa faedah bentang manifesto baru
- Kepada BN, manifesto itu serius..
- Boleh lancar dalam akhbar, boleh lancar dalam acara yang tidak sebesar ini
- Tapi oleh kerana BN serius, dan mahu tunjuk keseriusan kita, maka kita bentang dalam perhimpunan yang begitu besar, secara langsung
- Supaya rakyat boleh meneliti kandungan manifesto ini
Perang
- Warga BN di seluruh negara siap siaga yang tinggi
- Hanya tunggu hari penamaan calon
- Saya bersama TPM bersama pemimpin lain telah jelajah seluruh pelusuk negara untuk merasai denyit nadi rakyat
- Dari Lahad Datu hinggalah ke Lacau Ulu, Sri Aman
Terbukti Kemampuan
- Rakyat mahukan kerajaan yang terbukti kemampuannya
- Genap 4 tahun kita sudah merancang..perancangan yang menyeluruh lagi sistematik
- Sebab itu baru-baru ini saya telah bentangkan report card bn selama 4 tahun
- Meliputi usaha yang telah kita lakukan khususnya dalam bidang transformasi negara
Negeri oppo
- Sudah tentu negeri pembangkang tidak bentangkan
- Sebab itu kita berani buat JJD..ia telah dilakukan di setiap negeri dalam tempoh lebih kurang setahun
- Bila BN janji, janji kita ditepati
- Sebaliknya janji pembangkang hanya janji..
Keyakinan
- Keyakinan rakyat supaya kita akan laksana semua janji kita
- Saya beri keyakinan jika mandat baru diberi, kita akan laksana aku janji kita ini kepada rakyat
- Manifesto ini dirangka dengan cukup teliti merangkumi 17 bidang yang penting
- Kalau bentang satu persatu makan masa yang lama
Isi
- Saya petik beberapa yang saya fikir penting untuk saya ketengah kepada rakyat
- Tema: Menepati Janji Membawa Harapan
- Malah pada setiap muka terpampang 'Rakyat Didahulukan'
- Untuk ingatkan pada diri kita iaitu kita parti yang berkhidmat kepada rakyat
- Rakyat adalah ketua kita..ketua kepada parti BN
- Sebab itu kita pegang pada prinsip tiada bakti yang lebih mulia dari khidmat kepada rakyat
- Nak semua pemimpin BN semat dalam hati bahawa kita adalah parti uang mendahulukan rakyat, khidmat kepada rakyat
Kerja-keras
- Saya dan rakan kerja keras untuk sejahterakan rakyat
- Dalam keadaan ekonomi dunia tak menentu, kita telah capai pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus tahun sudah
- Bukan setakat ekonomi, tapi kita juga berjaya mengekang kadar inflasi hanya pada 1.6 peratus sahaja pada 2012
- Kadar pengangguran juga rendah, 3 peratus
- Pendapatan rakyat juga telah melonjak per kapita dari 6700 pada 2009 kepada ++9k - 48 peratus
- BSKL juga meningkat ketara..dari 999 billion kepada 1.47 trillion (31 Disember 2012)
(Nilai harta telah meningkat)
- Kita juga pegang pada prinsip bahawa kita perlu memastikan kadar pertumbuhan yang tinggi atau sederhana tinggi..dan model yang kita pilih ialah model di mana kadar cukai yang rendah dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
Manifesto
- Kerajaan BN bercadang kurangkan cukai individu dan cukai koporat secara ansur-ansur
- Mencipta 3.3juta peluang kerja baru
- Ada tak negara lain yang boleh nyatakan bahawa mereka telah mencapai 5.6 peratus, inflasi yang rendah, full employment dan peluang kerja yang terus bertambah?
- Dalam tempoh 4 tahun ini kita telahpun dapat memenuhi harapan rakyat
- Bayangkan sejenak, kalau itu prestasi kita dalam 4 tahun, cuba bayangkan 5 tahun akan datang
- Ini bukan omong kosong, bukan menanam tebu dibibir..ini bukan macam pembangkang
- Pembangkang banyak janji
- (pegang akhbar) - apa sudah jadi : janji pembangkang
: kenapa ibu tunggal saman kerajaan Selangor? Kenapa OKU tak dapat bantuan?
- Banyak lagi yang tidak ditunai oleh mereka..hanya 15 peratus sahaja yang ditunaikan kerajaan Selangor
Negara Maju
- Kita tahu kalau nak maju, pusat dan negeri mesti dikuasai oleh gelombang biru
- Dalam tempoh 5 tahun ini kita sudah serik, kita rasa sengsaranya..
- Cuba tengok satu masalah yang begitu kritikal..masalah air..
- Sedar tak belalan air di Selangor dan Wilayah berada dalam keadaan cemas..reserve air begitu nipis
- Ikut bank dunia, reserve air mesti sekurang-kurangnya 20 peratus..
- Di Selangor telah timbul masalah air yang sebabkan pelabur luar negara tertanya, kalau nak melabur ada tak bekalan air
- Ini tak sepatutnya dilalui ngara yang hampir maju seperti Malaysia..tak patut berlaku
- Kerana kerajaan negeri di bawah pembangkang, mereka tak beri kelulusan kepada loji air Langat 2 yang boleh selesaikan masalah air sepenuhnya
- Kerana mereka lebih pentingkan memiliki syarikat-syarikat air..patutnya mereka pentingkan soal untuk rakyat, untuk negara
- Nampaknya cuma satu pilihan sahaja yang ada pada kita..nak selesaikan masalah air, hanya satu pilihan sahaja..apa dia? BN ambil-alih kerajaan Selangor
Negeri Oppo
- Itu baru Selangor..negeri lain begitu juga
- Di Kelantan, di katakan serambi Mekah..
- Negeri lain juga masalah..Kedah kucar-kacir..
- Penang indah khabar dari rupa..kata perjuang rakyat, tapi rumah murah tak buat..di mana letaknya mendahulukan rakyat?
- Penting untuk rakyat diberi peluang memiliki rumah mampu milik
- Dalam aku janji kita, BN janji dalam tempoh 5 tahun ini, kita bina 1 juta rumah mampu milik
Menangani Kos Sara Hidup
- Kita buat macam-macam..Kedai Rakyat 1Malaysia, boleh beri barang pada harga murah..
- Yang sakit, Klinik Rakyat 1Malaysia..bayaran RM1 sahaja..
- Kalau rasa pergi restoran biasa mahal, pegilah yang hidangkan Menu Rakyat 1Malaysia
- Kita ada banyak produk 1Malaysia..tapi produk yang paling popular (BR1M)
- Ini bukan untuk beli undi..BR1M begitu fokus..kita tahu siapa layak, siapa tidak
- Yang menghina rakyat itu lain punya pasal..celupar sahaja. Tapi bagi rakyat ia ringankan beban
* BR1M akan kita teruskan..
- Dan dalam aku janji ini, jumlahnya akan dinaikkan lagi secara beransur hinggalah kepada rm1200
*Baucar buku dan bantuan persekolahan juga kita naikkan
- Ini semua dapat dilakukan kerana ekonomi brkembang..hasil meningkat
- Kalau bagi BR1M ekonomi dapat dirangsang..private consumption bertambah
- Kita ada asas ekonomi yang kuat kenapa perlu diteruskan
*Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam
- Laksana Rapid di setiap bandar besar
- Akan lengkapkan projek MRT, LRT dan Komuter
- High speed rail dari KL ke Singapura (90 minit)
- Bandar terlibat akan bertambah maju
- Juga akan teruskan dasar beri lesen teksi individu..sudah mulakan dan akan beri lebih lagi
Luar Bandar
- Kerana penyokong kita banyka di luar bandar
- Kita tak lupa jasa mereka menyokong kita
- Komitmen kita kepada banyak mana jalan luar bandar, bekalan elektrik dan air yang akan dilaksanakan
- Jalan berturap di Sabah, Sarawak dan semenanjung
- Kita akan bina lebuhraya Pan-Borneo dari Sarawak ke Sabah
- Juga akan bina lebuhraya Pantai Timur, Pantai Barat juga akan dilaksanakan
- Juga jamin masalah bekalan air terawat di Kelantan akan diselesaikan
Proses Hijrah
- Kita akan wujudkan satu kementerian baru yang lebih kuat untuk tangani masalah masyarakat bandar
- Kerana BN tak boleh dilihat sebagai parti luar bandar..
Bidang pendidikan
- Pelan induk pembangunan pendiddikan hingga 2025 telah disiapkan Muhyiddin dan rakan-rakan
- Dalam aku janji ini kita akan naikkan kualiti pendidikan
- Empat subjek diutamakan : BM, BI, M3 dan Sains
- Wajibkan kelulusan BI di peringkat SPM kerana ia penting untuk daya saing
- Teruskan bantuan kepada semua jenis sekolah..sekolah jenis kebangsaan juga turut terkandung komitmen kita untuk dimajukan
- Akan tambah lagi pra-sekolah..dalam 5 tahun nak cecah 90 peratus ke atas
Keselamatan
- Kurangkan jenayah, pelbagai usaha akan dilakukan termasuk komitmen untuk tambah unit rondaan bermotosikal kepada 5000 dalam masa lima tahun
- Memerangi rasuah akan ditingkatkan..SPRM akan lantik pegawai mereka sendiri supaya dilihat kewibawaannya
Juga peruntukan untuk wanita..tulang belakang BN selama ini..kita akan teruskan usaha Supaya dalam bilangan membuat keputusan wanita hendaklah mencapai 30 peratus
Belia
- Melahirkan belia yang lebih berkemampuan, kualiti kepimpinan melalui pelbagai aktiviti termasuk IM4U
- Harap ramai diberi peluang wakili BN dalam pilihanraya kali ini
(Antara 17 bidang janji BN)
- Pilihanraya kali ini merupakan yang bukan sahaja menentukan siapa atau parti mana yang akan memegang teraju kepimpinan negara..ia menentukan destini negara kita, hala tuju negara kita
- Sebab itu penting bagi kita untuk capai kemenangan yang meyakinkan..kerana Transformasi BN untuk jaya visi Wawasan Negara
Manifesto 'Fantasi dan Khayalan'
- Tak bertanggungjawab punya manifesto
- Kita da kira, tahun pertama dilaksana defisit melambung kepada 11.5 peratus
- Akaun kerajaan daripada positif jadi negatif, bererti kita akan meminjam untuk bayar gaji
- Hutang negara akan melonjak
- Agensi rating antarabangsa akan rate Malaysia begitu rendah sekali..ekonomi Malaysia akan menjuris kepada kehancuran
- Sebab itu saya gelar 'Fantasi dan Khayalan'
- Tak boleh beri mereka peluang..sebab tidak ada apa yang mereka lakukan dalam tempoh 5 tahun ini
- Satu perkataan yang amat besar maknanya, 'Kepercayaan'..samada pengundi mempunyai kebolehpercayaan kepada BN ataupun kepada pembangkang
- Saya yakin kalau tanya rakyat, mereka lebih yakin dan percaya pada BN
- Mereka tak yakin kepada pembangkang..ketua pembangkang telah hilang ramai yang rapat dengannya
- Latest, Dr Sidek Baba jumpa Tun M
- Sudah hilang kepercayaan..Anwar Ibrahim tak layak jadi PM
- Rakannya selama begitu lama yang kata..sudah hilang kepercayaan
- 34 tubuhkan, kini tinggal dua sahaja
- Kata Lokman, sorang isteri dia, dan sorang lagi yang tak berapa betul, Tian Chua
- Yang lain sudah tidak jadi anggota
- Kalau yang tubuhkan telah hilang percaya, takkan rakyat nak tertipu dengan pemimpin yang tiada kredibiliti?
Anwar
- Dia kata sudah lama dalam kerajaan, teraniaya dan sebagainya
- Soalnya bukan lama dalam kerajaan..soalnya apa yang dia lakukan sewaktu dalam kerajaan
- Saya boleh tanya Tun M, apa dia buat?
- Krisis kewangan, apa dia buat? Kita semua tahu apa dia buat..Dia nak serah sahaja kepada IMF
- Saya pun sudah lama dalam kerajaan
- Saya naik step by step..dan saya tak tikam sesiapa dari belakang!
- Sebab salah satu prinsip perjuangan ialah setia kepada ketua
- Saya berkhidmat bawah 3 PM dan setia kepada semua
- Anwar setia tak? Tak..confirm tak..
Pilihanraya
- Intipati PRU13 ini apa? Persoalannya apa?
- : Samada rakyat ada kebolehkepercayaan kepada Anwar, Hadi ataupun dengan penuh rendah diri, saya..
- Persoalan ini, siapa yang kita yakin boleh memimpin negara samada Anwar, Hadi ataupun Najib..itu persoalannya..
- Dan kalaulah rakyat Malaysia jawapannya ialah Najib, maka sokong dan undilah BN sebab saya tak boleh lakukan berseorangan..saya perlukan pasukan saya..
- Pasukan ini perlu kita beri sokongan yang padu..
- 1 undi untuk pembangkang, 1 undi untuk masa depan tak menentu..1 undi untuk pembangkang, masa depan yang gelap dan kepalsuan..1 undi untuk pembangkang, manifesto 'fantasi dan khayalan'
Pengakuan
- Saya mohon maaf kalau ada tak sempurna selama ini kerana kita manusia biasa
- Namun kita janji untuk buat yang terbaik demi anak cucu kita..semangat janji ditepati, kebajikan dan masa depan rakyat pasti akan kita utamakan!
- Kedaulatan negara akan kita pertahankan!
No comments:
Post a Comment