Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, April 12, 2013

PRU13 - Kenapa Dina Nadzir Risau Nak Pergi Mengundi?




Dah semak nama dan tempat mengundi anda? Ker... tak daftar lagi? Heh. Bagi penyanyi dan penyampai radio Era.FM, Dina Nadzir memberitahu, dia berasa teruja dan tidak sabar untuk mengundi di hari Pilihan Raya Umum (PRU13) pada 5 Mei ini. Namun pengalaman lalu memberi sedikit peringatan buat anak kelahiran Johor Bharu ini agar lebih berhati-hati. Kenapa?

Menurut Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nazir, 27, masih segar diingatanya sewaktu kali pertama pergi mengundi, dia mengalami satu pengalaman yang menakutkan.

"Saya ingat lagi waktu tu saya pergi mengundi bersama abang dan sepupu saya. Sebaik turun dari kereta dan mahu menuju ke di tempat mengundi itu, tiba-tida saya didatangi beberapa lelaki dengan gaya mencurigakan.

"Mereka mendekati saya lalu berbisik dengan menyebut satu nama. Saya tak kenal pula dengan nama yang disebutkan itu. Kemudian mereka menyuruh saya mengundi nama itu. Ketika itu memang saya sangat takut dan tak tahu nak buat apa. Saya bingung. Kemudian saya masuk ke dewan dan jalankan tanggungjawab saya", katanya yang akan pulang ke negeri kelahirannya nanti dan akan mengundi di kawasan Kempas, Johor.

Disebabkan pengalaman itu juga, Dina berkata alangkah baikknya dan lebih mudah kalau sistem undi menerusi online diwujudkan.

"Saya terfikir juga, sila lah pihak atasan wujudkan sistem undian menerusi online", katanya.



Sumber




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...