Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini berkata ada beberapa calon lain disenaraikan sebagai Menteri Besar Selangor selain Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Presiden PKR itu berkata partinya mempunyai ramai calon berkredibiliti bagi memegang jawatan berkenaan yang disandang oleh Khalid sejak 2008.
“Buat masa ini dia (Khalid) berkemungkinan besar (kekal) sebagai Menteri Besar..tapi kita juga ada beberapa pemimpin lain yang berkemampuan (yang terdiri daripada) sesiapa yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN),” ujar beliau.
Jelasnya lagi, sebuah jawatankuasa akan meneliti perkara tersebut dan memilih siapa yang layak menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 13, dengan syarat pembangkang kekal berkuasa.
Azizah berkata prestasi Khalid sebagi MB adalah baik tetapi beliau bukan satu-satunya calon tunggal untuk jawatan itu.
“Dia telah melaksanakan tugasnya dengan baik setakat ini tapi kita juga ada beberapa orang pemimpin yang berpotensi," kata beliau.
Khalid sebelum ini disahkan sebagai calon PKR untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menyatakan sama ada Khalid akan mempertahankan kerusi DUN Ijok mahupun dikekalkan sebagai MB.
Sumber
No comments:
Post a Comment