Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, July 16, 2013

Kegagalan MCA punca Ali Rustam tumbang - bekas Speaker




Oleh Shawaliah Hadir

Kekalahan Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah  disebabkan jentera pilihan raya MCA yang tidak membantu, kata bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Mo'min Abdul Aziz.

Menurut beliau, MCA sebagai sebuah parti Cina gagal menyakinkan pengundi masyarakat itu supaya menyokong BN sehingga menyaksikan DAP mencapai kejayaan besar di negeri itu.

"Karut! Kekalahan Datuk Ali berpunca daripada MCA yang tidak membantu beliau.

"Dia (Shamsul) pandai cakap sahaja," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Mo'min sekaligus menafikan dakwaan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin, bahawa Ali tumbang adalah kerana gagal mentadbir Melaka dengan baik sepanjang menjadi Ketua Menteri.

Shamsul ketika diwawancara Antarapos baru-baru ini mendakwa kejayaannya menewaskan bekas Ketua Menteri itu pada pilihan raya 5 Mei lalu di Bukit Katil disebabkan kegagalan Ali menguruskan kewangan kerajaan negeri.

Mo'min yang mempunyai pengalaman bekerja dengan Mohd Ali selain itu turut menempelak Shamsul kerana melemparkan tuduhan melulu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tangga Batu Abu Bakar Mohamad Diah juga sependapat dengan Mo'min bahawa kekalahan Ali bukan kerana kegagalannya menguruskan kewangan kerajaan negeri.

Menurutnya, kemajuan dan pembangunan yang mapan dalam bidang pelancongan di Melaka adalah bukti usaha keras dan sumbangan yang dilakukan Ali.

"Tidak benar, sepanjang saya bekerja dengan bekas Ketua Menteri beliau memberikan peruntukan yang berpatutan dengan semua agensi yang sepatutnya menerima.

"Beliau telah mentadbir Melaka dengan baik, kalau kita tengok di kampung-kampung jalan baik, lampu menyala, kubur cantik, kebersihan Melaka dapat dilihat.

"Melaka telah pun mengalami transformasi sebagai sebuah negeri yang menjadi tumpuan ramai dan pelancong ramai," katanya yang dihubungi Antarapos. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...