Iklim politik Malaysia nyata tidak lagi seperti sekurang-kurangnya lewat 90an dulu. Perubahan iklimnya yang mendadak panas sekali mendorong otak-otak, minda-minda sang penghuninya sama cair dek termamah darjah kepanasan kesan 'penipisan lapisan ozon' yang meliputi keliling kepala mereka.
Faktor tidak menentunya pula cuaca yang lewat ini tiba menambah rumitkan lagi jiwa mereka terutama pendorong sang royan yang baru ditimpa 'kecelakaan' mujur dia 'anugerah tuhan'. Masakan tidak syukur anugerah tuhan, tak mengapa bukan pilihan kerana masih ada 'jalan' untuk ditagih kesetiaan penghuni-penghuni tak keruan aku yang memandang merasa kesian.
Tapi kalau dah namanya tak keruan, kita yang kesiankan dipandangnya setan, memang dasar tak boleh buat kawan tak hairanlah kenapa kalian sepakatan. Eh tapi jika dikata kalian semua rakan, mengapa ada yang tak nak ikut 'jalan'? Tak takutkah nanti ditimpa bala tuhan, membiarkan anugerah berjalan seorangan?
Bijak sungguh kalian berpandangan..Membiarkan anugerah sahaja berkorban. Nanti bila dah ada makanan, mesti anugerah akan kongsikan? Wah bahagianya sang punya badan..Duduk saja dikurnia kenikmatan..Eh mana penghuni-penghuni kalian, masih di jalan? Ini baru kesian..
Jangankan penghuninya saja kesian, sekali aku pon kena ke jalan..Kalau beginilah gamaknya pengakhiran, sungguh menyesal tak jadikan monyet teladan..Apa nak buat dah nasib badan..Orang lain yang nak anugerah tuhan kita pula yang terkesan.
Agak kalau faham cerita ni rakan-rakan, tak sayang diri tapi tolong ingat masa depan, kerana kita akan dipertanggungjawabkan, cucu-cicit tujuh keturunan, yang akan terus menyalahkan, kalian di atas kegagalan, memelihara nenek moyang punya tinggalan.
Orang kata ini baru padan..tak berguna sesal kemudian, dah inilah dia bentuk tempahan, akhir kata nak sangat jalanan pi lah layan! Jangan kata aku tak beri peringatan!
Salam!
No comments:
Post a Comment