Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, March 13, 2013

Proses Meluluskan Undang-undang Di Malaysia




Rakyat Malaysia dapat hidup aman dan selamat disebab terwujudnya perlembagaan dan undang-undang. Tapi berapa ramai diantara kita yang tahu bagaimana proses meluluskan undang-undang itu dilakukan.

Di sinilah peranan Parlimen, sebagai sebuah badan perundangan yang tertinggi di Malaysia, kerana antara fungsi utama Parlimen ialah untuk meluluskan undang-undang yang meliputi seluruh Persekutuan.

Perlembagaan menentukan bahawa kuasa Parlimen meluluskan undang-undang hendaklah dibuat rang undang-undang (RUU).
Rang Undang-undang Awam/ Kerajaan (Public Bills) merupakan RUU yang paling kerap dan mustahak dikemukakan di Parlimen. Rang undang-undang jenis ini dikemukakan oleh kerajaan dan melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam.

Rang undang-undang atau bil ialah satu draf cadangan perundangan (legislative proposal). Sebelum dijadikan undang-undang atau akta, RUU mestilah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dicetak dan diwartakan.

Rang undang-undang mestilah melalui empat peringkat di kedua-dua Dewan iaitu:

    Bacaan Kali Yang Pertama
    Bacaan Kali Yang Kedua
    Peringkat Jawatankuasa
    Bacaan Kali Yang Ketiga

Rang Undang-undang Kewangan yang dibentangkan dalam Dewan Negara tidak perlu dibawa ke peringkat Jawatankuasa.

Peringkat Penggubalan Rang Undang-undang
Pada peringkat ini Menteri yang berkenaan menetapkan dasar-dasar yang ingin dikanunkan dalam Rang Undang-undang. Menteri seterusnya merujuk kepada Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat mengenai implikasi dari segi undang-undang dan Perlembagaan.

Setelah dibincangkan dengan Jemaah Menteri dan mendapat kelulusan, RUU akan digubal beserta dengan huraiannya. Rang undang-undang berkenaan dikemukakan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan untuk dikemukakan di Parlimen.

Lazimnya Rang Undang-undang Kerajaan dibawa ke Dewan Rakyat dahulu walaupun Perlembagaan membenarkan sesetengah rang undang-undang dimulakan di Dewan Negara.


Dipetik dari portal Jurnal Malaysia



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...