Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, March 23, 2013

Adoi!Pening Kepala Layan Kelam-kabut Pakatan - Hadi nafi bincang calon DAP guna logo PAS




Apa cerita lagi Pakatan ni? Tak sudah-sudah nampak celaru diorang ni punya kenyataan..haish..Latest, ni statement Hadi Awang dalam respon dia terhadap kenyataan Lim Kit Siang..Layan......

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan sebarang keputusan telah dibuat berhubung cadangan veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang rakan komponen PAS atau PKR jika parti dominasi Cina itu diharamkan.

"Tiada keputusan lagi macam mana kita hendak bincang" katanya ringkas kepada Antarapos hari ini.
Lim dalam satu kenyataannya semalam berkata, beliau tidak menolak kemungkinan calon DAP akan bertanding sebagai calon Bebas selain pilihan untuk menggunakan lambang parti rakan komponen lain.

Rujuk sini...

Beliau berkata cadangan tersebut adalah "satu perkembangan yang baik bagi mengeratkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat".

Beliau berkata keputusan itu mungkin akan dipertimbangkan setelah mengambil kira keseriusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menyiasat pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang didakwa wujud unsur penyelewengan.

"DAP telah ditubuhkan selama 47 tahun dan saya tidak faham kenapa boleh timbul isu penipuan dan tidak telus dalam pemilihan CEC," katanya dipetik dari akhbar berbahasa Cina.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan berkata pihaknya sukar untuk melengkapkan siasatan kes pemilihan CEC DAP kerana tidak mendapatkan kerjasama sepenuhnya dari pemimpin tertinggi parti itu.

Katanya pelbagai alasan diberikan tiada masa yang mana menurut Abdul Rahman telah menyebabkan penangguhan kerja-kerja siasatan.

"ROS perlu mendapatkan keterangan beberapa pemimpin utama DAP bagi melengkapkan siasatan sebelum sesuatu keputusan dibuat," katanya.


Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...