Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Tuesday, March 26, 2013

PR cari jalan mudah hapus syarikat teksi: SPAD




Oleh Aidil Syukri Hamzah

Pelan tindakan kerajaan untuk meringankan beban pemandu-pemandu teksi di negara ini adalah lebih komprehensif berbanding cadangan Pakatan Rakyat (Pakatan) menerusi manifestonya.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar kerajaan kini menyediakan pilihan kepada pemandu-pemandu ini sama ada mahu bernaung di bawah syarikat ataupun memiliki lesen teksi sendiri.

Katanya berbeza dengan pembangkang yang mengambil jalan mudah mahu menghapuskan syarikat teksi sepertimana yang dinyatakan dalam 'Manifesto Rakyat'.

Syed Hamid berkata cadangan itu tidak sejajar dengan konsep ekonomi yang diamalkan di negara ini di mana kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menutup operasi sesebuah syarikat.
Sebaliknya kerajaan menitik beratkan soal keadilan sosial di dalam setiap keputusan.

“Kalau kita lihat kepada pembangkang punya cadangan, mereka kata mereka nak hapuskan syarikat (teksi)...mereka nak hapuskan syarikat, bagaimana mereka nak hapuskan? Kerana, persyarikatan di bawah sistem ekonomi negara, kita tidak boleh mengharta-negarakannya sesuka hati.

“Jadi syarikat-syarikat ini berhak untuk mengambil tindakan terhadap mereka jika mereka sesuka hati nak hapuskan. Jadi cara yang hendak dilakukan mesti betul...sebab itu kita mengambil sistem memberikan pilihan,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Mengulas lanjut, manifesto Pakatan yang diumumkan baru-baru ini menurut bekas Menteri Dalam Negeri itu tidak lebih dari sekadar untuk memancing sokongan rakyat menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Mengingatkan rakyat supaya tidak lupa bahawa Pakatan mempunyai rekod tidak menunaikan janji-janji mereka, apa yang dinyatakan di dalam manifesto tersebut juga katanya sekadar meniru langkah-langkah yang sememangnya telah dilaksanakan kerajaan seperti keistimewaan kepada golongan kelainan upaya yang menggunakan pengangkutan awam.

“Pada saya, janji-janji mereka itu, mereka tahu bahawa mereka tidak akan mampu untuk melaksanakannya..ianya sekadar kaedah mereka untuk meraih undi. Dan mereka ada rekod untuk tidak melaksanakan janji-janji mereka..jangan lupa..

“Mereka meniru apa yang kita telah lakukan, tapi mereka tidak menyatakan bagaimana mereka mahu melaksanakannya,” ujar ahli Parlimen Kota Tinggi itu.

Pembangkang dalam manifesto yang dibentangkan bulan lalu antaranya menyebut untuk memansuhkan sistem permit teksi dengan alasan kononnya bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Selain itu agensi kerajaan perlu bertanggunjawab melatih usahawan-usahawan teksi terbabit termasuk kemahiran berbahasa.

Skim yang turut ditawarkan termasuk perlindungan takaful, latihan keusahawan, galakan penubuhan koperasi dan skim pembiayaan teksi baru.


Baca selebihnya di sini





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...