Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, March 24, 2013

Si Lembu Sudah Bikin Rosak?





Kalau sidang akhbar di ibupejabat PKR, Jumaat dikira sebagai satu ujian praktikal di universiti untuk lulus sebagai ' pakar strategi'…Rafizi Ramli kita bagi markah corot.

Maaf Bro...ini feedback yang kita dapat selepas ramai yang melihat dengan mata kepala sendiri video di youtube you jadi macam pak pandir cuba bersilat dengan SATU soalan yang amat dan paling mudah dari wartawan Agendadaily.
Kalau setakat budak-budak UMNO dok gelak…itu sudah kira hukum alam.

Walaupun mungkin tidak begitu sedap badan tapi rasanya tidak adil kalau tidak bagitahu you feedback ini.

Dari cerita yang dikumpul melalui berbagai sumber rupanya ramai juga budak PKR dan PAS sendiri dok menyumpah tengok you melalut tak steady sampai bikin rosak program nak defend ‘Pak Sheikh’.

Nasib baik itu baru level wartawan kami yang cikai saja.Kalau kena dengan budak-budak CNN ,BBC atau Aljazeera mungkin you boleh terkencing dalam seluar lari tak bertangga.

You juga mungkin nasib baik kebanyakan budak-budak reporter yang ada dalam bilik sidang media itu adalah dari angkatan baru yang tidak ada semangat solidariti nak fight backing rakan lain tuntut jawapan bila tengok gelagat mengarut macam tu.

Kalau you kena geng angkatan wartawan dulu-dulu memang kes naya you cuba nak main elak-elak hanya untuk jawab satu soalan mudah : KENAPA SAMAN PAPAGOMO SAJA TAPI TAK SAMAN DATUK T.

Hello Bro…kalau ikut ijazah you yang lulus itu lulus ini dari serata universiti luar negara itu…tak ke rasa bodoh kalau orang lain jawab kat you  ‘SAMAN INI TERHADAP PAPAGOMO IS KESELURUHAN’.

Entah lah mungkin maksud you kalau dah saman fitnah kes Papagomo…maka semua kes video pendedahan lain terangkum dibawahnya sebagai fitnah.Tak gitu?

Ada kawan-kawan yang komen begini: ‘ kalau tak ada telor pun…janganlah bagi jawapan yang bodoh nak mampos macam tu’

Kata depa lagi ambil contoh saman trafik. Apakah polis saman seorang saja yang langgar lampu merah…dah kira cover semua orang lain satu Malaysia yang  langgar lampu merah?

Mana lojiknya dari sudut perundangan kerana kes pendedahan Papagomo dan kes pendedahan Datuk T adalah dua kes yang berbeza.Videonya juga berbeza.Aksinya juga berbeza.Lokasinya juga berbeza.

Kalau tidak percaya minta pandangan profesional rakan baik you peguam tersohor, N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Tak perlulah rujuk pada Latifah Koya ..takut nanti minah tu jadi kalut tak tentu hala.

Kalau Surendran jem…boleh kot refer kat Karpal Singh yang otai dalam bidang perundangan.

Rasanya dia no problem pasal dah sah U-Turn dan tak buat perangai lagi macam dulu kata ‘Anwar Ibrahim has create enough trouble for the country…Anwar Ibrahim harus bertaubat….’

Baca selebihnya di Agenda Daily



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...